About Me

My photo
Born in 1981. A full-time housewife with 2 great children (Adam-6yrs & Auni-4yrs). Graduated in Applied Chemistry. Hobby: being creative while shopping & designing.

Saturday, October 17, 2009

'Berehat' di masjid

Haa.. Peristiwa ini dh lepas. Ku saja-saja mengada nak bercerita.19/8/2009, anak-anak termasuk ibunya teruja sgt nk ikut ayah ke KL. Masalahnya, ayah ada meeting pula di Gebeng, Pahang pada pg itu. Kerteh ke Gebeng adalah dlm 1jam (kata mr.suami). Utk mudahkan perjalanan ke KL dan jimat duit petrol tanpa patah balik lps meeting, kami 3 org tersayang ni diangkut sekali. Cadang mr.suami, ku dan anak-anak stay di kereta sementara menunggu meeting.. Oh, oh... di minda ku duk berputar ligat mencari idea yg lebih baik & selesa utk melayan, bergaduh, berperang utk ku dan anak2. 2-3 jam melepak di kereta with Adam & Auni, ku boleh bayangkan kesudahannya..sbb ku penah laluinya! Ku moncong 40batu.

Idea!!



Ya, kami 'berehat' di masjid. Ku lebih selesa gunakan kata 'berehat' kerana ku rasa lebih sopan redakan rasa bersalah kerana tujuan ku ke sana bukanlah utk solat, kebetulan jam pula baru 9.45pg. Alhamdu lillah, tiada sesiapa di situ yg boleh menambahkan rasa segan ku bila mana anak2 ku bising nanti.



Lihat. Adam tido lena tenang barangkali setelah penat berjoging sana-sini, main tutup buka sliding door masjid. Auni pula baru terjaga dari tidur lama (1 jam jer). Ku yg sentiasa berangan utk tido spt Adam sangkakan sempatlah lelapkn mata 10-30minit, tup-tup bila Adam tidur, Auni pula jaga. Apakah?
Oh ya, nampakkah bekalan soya ku itu? Ku tidak lupa.. Moga-moga susu ibu ini sentiasa mengalir utk mu Auni.. Amin. Tahukah kalian, puteri kami ini langsung tidak mahu puting botol? Ku sentiasa cuba perah susu ibu ke dlm botol, tp akhirnya terpaksa ku guna sudu/picagari.. minum pun sikit ajer. Bagaimana Auni jika ku terpaksa tinggalkan dia utk sementara andainya ada apa-apa hal, mcm tetiba dpt kerja yg best ke, sakit teruk ke.. Hmm, tak payah pikir.. Allah akan aturkan semua tu. Aku yakin.



Ini pula bekalan diapers, baju spare, biskut, toys, susu (formula) utk adam, air panas dan mcm2 lagi lah. Haa, itu dia sliding door yg adam sibukkan tuh.. Tahukah bila dia berhenti 'guna' pintu tuh? Haaaa, bila jari kakinya terkepit dan melecet berdarah.. Jalan pun terhinjut-hinjut.. Manjanya lebih.. Barulah berhenti dan tertidur. Jika tidak, tiada istilah tidur baginya. Mau tak penat ku melayannya.

Surprisingly, meeting mr.suami habis awal. 11.30pg dh settle. Bagus..Ku masih gembira!

0 comments:

Note For You (Sample)

 

NeyHan © 2011 By NC