About Me

My photo
Born in 1981. A full-time housewife with 2 great children (Adam-6yrs & Auni-4yrs). Graduated in Applied Chemistry. Hobby: being creative while shopping & designing.

Tuesday, October 27, 2009

Air Asam Sedap

Setelah mengkaji, menilik air asam penjual bazar Ramadhan, dan bertanya khabar dgn beberapa org, akhirnya terhasillah air asam ini yg sedap (taste makan ku mmg tinggi). 'Sedap' ni subjektif kan. Tp inilah selera ku.

Bahan-bahannya:
1. Tomato - 3 biji (kami suka byk)
2. Bawang sederhana besar - 1 biji
3. Serai - 1 btg
4. Bunga kantan - 1 kuntum
5. Cili padi - ikut selera
Bahan 1-5 perlu dihiris, dipotong shj.

6. Asam jawa adabi ~ 1 sudu besar / ikut selera. (Ku guna tanda '~' maksudnya lebih kurang).
7. Belacan ~ 2 sudu kecik / ikut selera. (Ku prefer utk goreng tanpa minyak dlm kuali terlebih dahulu).
8. Gula ~ 2 sudu besar / ikut selera. (Ku suka guna brown sugar: alaa..lebihan dr hotel).
9. Garam ~ 1.5 sudu kecik / ikut selera. (Kena 'balance'kan dgn belacan yg masin itu).
10. Sedikit perahan limau kasturi.
Bahan 6-10 perlu dibancuh, dilenyek/dipenyek sehingga sebati dgn sedikit air panas. Kemudian masukkan bahan 1-5. Gaul sekali.

Tips: Kombinasi asam, gula & garam amat penting kerana ia faktor yang menjadikan air asam ini sedap. So, kene practice-make-perfect. Oh ya, boleh masukkan juga parutan mangga. Jika pekat tak perlu risau kerana nanti air tomato akan 'turun' dan ia akan berair. Selamat Mencuba!



Dipersilakan memberi cadangan utk tambah apa2 lg ker atau komen membina jika ada. TQVM!


2 comments:

Ija said...

nanti bole buat buku resepi la aku rasa. pastu jual online. hahahaha.. buat ala2 ebook. ok tak?

neyhan said...

oh, jadi mcm Bree van de kamp dlm Desperate Housewives tu kan. Bagus idea tuh.

Note For You (Sample)

 

NeyHan © 2011 By NC