About Me

My photo
Born in 1981. A full-time housewife with 2 great children (Adam-6yrs & Auni-4yrs). Graduated in Applied Chemistry. Hobby: being creative while shopping & designing.

Thursday, October 29, 2009

Spring Jenama Apakah Ini?

Tengah syok duk ayun hinjut Auni dalam buai, tetiba jek ade sound pelik diiringi dengan ayunan buai yg automatik drastik terhenti. Ku dongak ke atas, alamak.. Rupanya spring dh putus. Eh, spring kita cakap putus ke or patah ke? Ku mmg terkejut. Ku pernah dengar cerita buaian putus, namun ku sangkakan ia berlaku pd talinya shj. Rupanya spring pun bleh putus juga kah? Jenama apakah spring ini? Oh ya, usianya. Hmm, 2 tahun kot. Sampai masa agaknya. Apa-apa je la ye. Yg penting anakku selamat dan yg pastinya aku terus dapat sebab utk keluar makan shopping hari ini. Apa lagi, ku msg mr.suami dengan segera. Emergency nih. Heheh.


Sempat juga ye ku yg bz kalah menteri ni mengambil gambar. Lihatlah Auni, akhirnya tidur tanpa buai. Tahukah kalian, bayi kita perlu dibezakan tempat tidur mereka pd waktu siang dan juga malam. Tujuannya, agar mereka tahu, oh..tilam empuk ini utk tidur malam. Jadi ku nak mudah tidurkan Auni pd siang hari dengan buaian manakala di malam pula di sebelah ketiak wangi ku supaya ku mudah menyusu dia. Alhamdulillah, sejak umurnya 2 bln, dia mmg tidur panjang di waktu malam. Start 9.30pm - 7.30pm biasanya lah. Yg kes luarbiasanya pun ada juga sesekali. Gambar di bawah, Auni terlena tanpa buai. ok jek.



Ptg itu, dengan Dikla@Mak Uda.. ku bergegas ke kedai mencari spring baru. Ha? Habis? Ramai ke yg spring putus? Haha.. ku ke kedai lain pula, L-Mart. Nah, ade 3 pilihan. Nak 1 atau 2 atau 5 spring. Ku beli yg itu lah.. harganya? RM10.99. Puashati.


Tuesday, October 27, 2009

Air Asam Sedap

Setelah mengkaji, menilik air asam penjual bazar Ramadhan, dan bertanya khabar dgn beberapa org, akhirnya terhasillah air asam ini yg sedap (taste makan ku mmg tinggi). 'Sedap' ni subjektif kan. Tp inilah selera ku.

Bahan-bahannya:
1. Tomato - 3 biji (kami suka byk)
2. Bawang sederhana besar - 1 biji
3. Serai - 1 btg
4. Bunga kantan - 1 kuntum
5. Cili padi - ikut selera
Bahan 1-5 perlu dihiris, dipotong shj.

6. Asam jawa adabi ~ 1 sudu besar / ikut selera. (Ku guna tanda '~' maksudnya lebih kurang).
7. Belacan ~ 2 sudu kecik / ikut selera. (Ku prefer utk goreng tanpa minyak dlm kuali terlebih dahulu).
8. Gula ~ 2 sudu besar / ikut selera. (Ku suka guna brown sugar: alaa..lebihan dr hotel).
9. Garam ~ 1.5 sudu kecik / ikut selera. (Kena 'balance'kan dgn belacan yg masin itu).
10. Sedikit perahan limau kasturi.
Bahan 6-10 perlu dibancuh, dilenyek/dipenyek sehingga sebati dgn sedikit air panas. Kemudian masukkan bahan 1-5. Gaul sekali.

Tips: Kombinasi asam, gula & garam amat penting kerana ia faktor yang menjadikan air asam ini sedap. So, kene practice-make-perfect. Oh ya, boleh masukkan juga parutan mangga. Jika pekat tak perlu risau kerana nanti air tomato akan 'turun' dan ia akan berair. Selamat Mencuba!



Dipersilakan memberi cadangan utk tambah apa2 lg ker atau komen membina jika ada. TQVM!


Wednesday, October 21, 2009

Indah Sungguh Pantai Ini

Petang itu, Auni baru berusia 3 bulan, ku amat rindu teruja utk ke pantai di kawasan kuarters kami di kerteh ini. Harap2 kali ini pantai lebih landai kerana lama tak hujan. Wah, wah, wah... mmg betul. Pantai landai sekali, siap berteluk cetek gitu. Kebetulan Dikla & Mi (mak + pak uda) nak join sekali. Terasa mewah sekali.. sbb apa ku kata mewah? kerana ku rasa spt ku berada di pulau yg mana ku perlu bayar ratus-ratus ringgit utk dpt mandi di pantai seperti ini. haha, jgn jeles tau. Mai la dtg sini.. free aje. Seronok gedik nyer!! Astaghfirullah..








Auni tidur sambil ditiup angin yang menderu.. eh, betul ke ayat ni? Kami sengaja golekkan batang kayu mati tu supaya bleh jadikan tempat buh barangan bersandar dan duduk-duduk.


Pantai berteluk gitu.. Gambar dr camera handfhone jek.


Arrow tunjukkan tempat Auni dan batang kayu mati tadi. Camerawoman berada dekat dgn couple di atas.


Adam bersungguh-sungguh menggali with Mak+Pak Uda. Perasaan ibu: Puas hati nengok dia seronok menggunakan toys yg ku beria-ia beli di L-Mart. Murah je RM10. Eh, murah ke?


Alamak, mana gambar ku dan abg? Confirm tak ada. SEBAB ku asyik masyuk duk mandi manda. Ku yg tak pernah tau berenang memang suka mandi di laut cetek begini. Tak sempat ambil gambar lg bila dah seronok berenang gaya merangkak. Bila nak datang mandi lagi, abg?

Monday, October 19, 2009

Segalanya Upin & Ipin

Wah, wah, wah.. Besar sungguh pengaruh Upin & Ipin ni. Lihat anak teruna ku, Adam Jazmi di meja kecil zaman ku di universiti dulu-dulu lagi kami nih.



Kesian pula nengok dia melutut berjam-jam kt situ. Dlm hati ibu: Ku nekad juga kali ini tak bertangguh lagi utk beli kerusi kecil yg boleh sandar utk Adam. Mr. suami, jom pi kedai! Eh, baru pukul 10pg ker? Abg masih di ofis la, ayg. Best solution utk sementara ini: Scroll gambar di bawah!

Note: Abaikan vacuum and kotak-kotak bersepah itu. Vacuum tu dah 2 hari lepak bawah meja, entah bila plan ibu nak jadi nih..? Konon ubah style, kurangkan guna penyapu, lebihkan guna vacuum. Hehe.




Sudah siap mandi dan minum.. berbaring sambil menyambung tgk Upin.. dgn penuh kusyuk.
Ku tanya,
Cerita upin nih, Adam paham kah? Adam: Diam.
Upin gosok gigi tak? Adam: Tak.
Upin makan nasi tak? Adam: Bukan. Ayam goreng.
Upin potong rambut tak? Adam: Takde.
Upin main apa? Adam: Kak Ros ade.
Hmm, dia paham la tu.

Saturday, October 17, 2009

'Berehat' di masjid

Haa.. Peristiwa ini dh lepas. Ku saja-saja mengada nak bercerita.19/8/2009, anak-anak termasuk ibunya teruja sgt nk ikut ayah ke KL. Masalahnya, ayah ada meeting pula di Gebeng, Pahang pada pg itu. Kerteh ke Gebeng adalah dlm 1jam (kata mr.suami). Utk mudahkan perjalanan ke KL dan jimat duit petrol tanpa patah balik lps meeting, kami 3 org tersayang ni diangkut sekali. Cadang mr.suami, ku dan anak-anak stay di kereta sementara menunggu meeting.. Oh, oh... di minda ku duk berputar ligat mencari idea yg lebih baik & selesa utk melayan, bergaduh, berperang utk ku dan anak2. 2-3 jam melepak di kereta with Adam & Auni, ku boleh bayangkan kesudahannya..sbb ku penah laluinya! Ku moncong 40batu.

Idea!!



Ya, kami 'berehat' di masjid. Ku lebih selesa gunakan kata 'berehat' kerana ku rasa lebih sopan redakan rasa bersalah kerana tujuan ku ke sana bukanlah utk solat, kebetulan jam pula baru 9.45pg. Alhamdu lillah, tiada sesiapa di situ yg boleh menambahkan rasa segan ku bila mana anak2 ku bising nanti.



Lihat. Adam tido lena tenang barangkali setelah penat berjoging sana-sini, main tutup buka sliding door masjid. Auni pula baru terjaga dari tidur lama (1 jam jer). Ku yg sentiasa berangan utk tido spt Adam sangkakan sempatlah lelapkn mata 10-30minit, tup-tup bila Adam tidur, Auni pula jaga. Apakah?
Oh ya, nampakkah bekalan soya ku itu? Ku tidak lupa.. Moga-moga susu ibu ini sentiasa mengalir utk mu Auni.. Amin. Tahukah kalian, puteri kami ini langsung tidak mahu puting botol? Ku sentiasa cuba perah susu ibu ke dlm botol, tp akhirnya terpaksa ku guna sudu/picagari.. minum pun sikit ajer. Bagaimana Auni jika ku terpaksa tinggalkan dia utk sementara andainya ada apa-apa hal, mcm tetiba dpt kerja yg best ke, sakit teruk ke.. Hmm, tak payah pikir.. Allah akan aturkan semua tu. Aku yakin.



Ini pula bekalan diapers, baju spare, biskut, toys, susu (formula) utk adam, air panas dan mcm2 lagi lah. Haa, itu dia sliding door yg adam sibukkan tuh.. Tahukah bila dia berhenti 'guna' pintu tuh? Haaaa, bila jari kakinya terkepit dan melecet berdarah.. Jalan pun terhinjut-hinjut.. Manjanya lebih.. Barulah berhenti dan tertidur. Jika tidak, tiada istilah tidur baginya. Mau tak penat ku melayannya.

Surprisingly, meeting mr.suami habis awal. 11.30pg dh settle. Bagus..Ku masih gembira!

Note For You (Sample)

 

NeyHan © 2011 By NC