About Me

My photo
Born in 1981. A full-time housewife with 2 great children (Adam-6yrs & Auni-4yrs). Graduated in Applied Chemistry. Hobby: being creative while shopping & designing.

Monday, June 20, 2011

Oh..Redang Island

27/5/11 JUMAAT: Bercuti di REDANG MUTIARA BEACH RESORT (click here), Terengganu. Ahahh.. mmg dekat ngan rumah (kampung halaman ku) tp bukan selalu berpeluang ke sini. Nama je rumah dekat pantai tp jarang pegi mandi pantai, berenang pun tk reti.. ahaha. Suka tp blm jumpa klik ah yg suke lepak tepi pantai.. (hm, skrg ni ade mase utk lepak lg ke makcik oii.. hehe).. Apapn, ini kali ke-3 ku 'melancong' ke Pulau Redang (pulau2 lain tk pernah pegi Pulau Pinang selalu aaa - I'm really fall in love with u Pulau Redang?).. 2 kali trip ke sini masa zaman anak dara dulu lah..

Eh, citer trip kali ini k. 1st of all, nak thanks to mr.Suami kerana bermurah hati sponsor we all the whole family (me, ayah, mama, dikla & limi (mak uda), tipah (mak usu) & anak2). Harga setelah berunding ngan K.Za (taukey resort) dpt lah RM220 per head utk 2 hari 1 mlm. So, pagi Jumaat jam 8.00 dh gerak dari rumah Gong Badak ke jeti Merang.. Ku mmg dh siap pakai 'baju' utk basah. Haha, excited! Pengalamanku dulu, nanti sampai pulau kena harung air.. tkde jeti tau. Sementara duk tunggu bot n K.Za, kami pi round gerai2 jualan kt situ, shopping lg. Ada yg beli topi, ada yg beli air mineral.. ku? Beli baju dress pario kt Auni.. Adam, Tok Ma beli kan.. Dlm pukul 10pg dtg officer (tk tahu nak panggil dia apa) utk minta bayaran RM5 seorg utk harga tiket Marine Park. Mcm ala2 tol utk ke Pulau Redang la kot. Then 10.30pg baru bot sampai, bayaran semua settle kt situ (cash only). Ade dlm 3-4 groups. So, tk ramai sgt. But with us, ade group yg 'agak' seksi young men n women with extra 'mencapub'. Huhu.. apa2 je lah ye. Yang PENTING: mesti bawa ROTI byk2 utk bg ikan makan ketika snorkelling nanti!!!!!
Jeti Merang. Tunggu bot.
Adam dari awal lg mmg dh melekat with Mak Uda dia je.. immediately dia tukar 'ibu'. First naik bot tu, aduhh.. kecik perut jatung limpa ku.. kena plak laut berombak.. mmg seriau..ala2 naik mini roller coaster (eh ku tk penah naik pon). Ohh..tidak.
Dlm bot: Adam n Mak Uda. Pak Uda with spek itam nye. Ku kt belakang.. haha pucat?
Dah sampai Pulau Redang. Lihat lah airnya.. turquoise blue? Sgt indah.
Panorama view by Sony Nex-3D. Amateur. Auto setting. :)
Wah, skrg dh ade jeti ye. Dulu dtg (with same resort) takde lagi jeti. Bagus2.. Cantik2.. mr.Suami, mmg kagum sgt2 dgn keindahan ciptaan Allah di Terengganu tercinta ku ni.. iyalah, ini 1st time dia ke sini. "Abg, dulu pasir dia lagi putih. Putih mcm salji" kata ku. Dlm hatiku: Eh, bila masa aku tgk salji?.. ahahah.
Antara chalet yg ada: Jenis ni khas utk family.
Yg depan sekali tu chalet kami. Ada satu bilik shj with 2 queen size beds, 1 single bed kt living room. 1 3-seated-sofa dan 1 2-seated-sofa. Kami semua 7 org, haha.. pandai2 la nk tidur. Pompuan dlm bilik, lelaki kt luar. 1 bathroom with heater. Cukup selesa dan santai. TV takde ye.. nak t.v tgk kt cafe.
Dh siap timetable kt office
Tak usah buang masa. Walaupun pukul 11pg.. matahari atas kepala dgn sedikit mendung awan, kami terus siap utk terjun ke pantai yg melambai. Tgk wajah adam: dia takut pantai. Oh ya, swimming suit Adam n Auni ku dh siap2 beli, kt Giant. Harga budget < RM30. Nyaris2 juga ku nak shopping online swimming suit muslimah utk ku.. tp mahal sgt la pulak. Hmm.. trek suit je la.
Tok Ayah melayan Adam main tepi2 je.
Lunch time: Mcm hostel plak kan cuma makanan dia best lah sikit dr hostel.
Dlm bot ke Marine Park. Grandparent with grandchildren!
2.30pm: Ke Marine Park. So, sbb kami ade kanak2, satu group kt Marine Park beach. Satu group lagi ke tempat lain (khas utk snorkeling kt taman laut agaknya).. Kpd mereka yg mabuk laut/mabuk snorkelling mcm ku dan ayahku.. pandai2 lah bawa diri ketika snorkelling. Jgn sampai muntah. So, snokelling kt taman laut dalam selama 1.5 jam (tiada daratan) mmg tk sesuai.. heheh.. so Marine Park beach ni cukup lah. Dgn bekalan roti yg cukup, mmg syok snokelling. Ikan2 warna warni pasti mengelilingi roti anda. Siap makan di tangan anda... Itulah pengalaman yg sgt2 mengasyikkan! Eh, tiba2 mama sound aku: "Mana mak ayah dia ni, dh lupa ke kat anak2?" hehe, apa taknyer.. Adam & Auni mmg ku lepas je kt diorg.. Hahaha.

Asar balik resort, mmg dh letih. Malam tunggu dinner & barbeque. Lepas makan dating kt tepi beach. Esok pagi subuh, ku plan ngan mr.Suami utk jln2 tepi pantai sambil bawa roti kut2 ada ikan lapar. hehe.
Matahari hampir terbit. Posing di batuan beach resort sebelah (Amanna Gappa).
Lepas breakfast cepat2 je gi beach last snorkeling n mandi manda.. Mmg best + syok.. Dgn matahari pagi, kebetulan org tk ramai... the beach is MINE!!! OMG.. Tuhan yg maha Kaya menciptakan keindahan di hati ku.
Crystal clear
Auni tgh bg ikan makan roti.
Nampak ikan. Nampak kaki.
Tipah: You go girl! She was at USIM now. Future dentist, Insya Allah.
Oh, masa utk pulang.. Lihat lah sunburn pada anak dara ku Auni. Alah, wajah ku takyah la tgk.. So, lepas ni jgn lupa bawa sunblock ok! Auni pun dh letih.. sbb dia lah yg sporting ikut gi mandi laut.. Adam, melekat with mak uda.. dan last minute baru excited nak mandi2. Adam: "Ibu jom la kita main tiger lagi kt air." Ku terpaksa jd tiger dlm air utk bawa dia mandi laut. Hanya sempat main 20minit je. Aku: "Tapi, kita dh nak balik ni Adam. Tgk bot dh sampai. Lain kali kita mandi lg." Dia monyok.. Hmm, dlm hati ku.. dia anak teruna ku, tp dia takut2 mcm ku.. Dia pula anak dara ku.. tapi dia berani2 mcm suami ku..

So, bot kami terlepas.. diorg cakap tunggu 2nd bot pukul 11pg.. jgn lambat. :)) Sewaktu kepulangan kami, nampaknya menjadi waktu ketibaan kepada ramai (berduyun-duyun) visitors yg lain.. Iya lah.. Ramai yg bercuti hari Sabtu-Ahad... kena plak time tu cuti sekolah... Alhamdu Lillah.. Pulau Redang kami balik dulu.. -Hmm, alamak dahaga Peel Fresh la..

Note For You (Sample)

 

NeyHan © 2011 By NC