About Me

My photo
Born in 1981. A full-time housewife with 2 great children (Adam-6yrs & Auni-4yrs). Graduated in Applied Chemistry. Hobby: being creative while shopping & designing.

Thursday, February 10, 2011

Eczema: Hand and Nipple


Eczema. Ku mmg ade eczema. Tahap teruk jugak lah sbb awal2 kena tk terus buat treatment / jumpa doktor.

1. Hand eczema
15 year-old: Form 3 duk asrama, basuh kain handwash, guna sabun buku yg paling jimat harganya. Sebulan ok, 2 bulan kering2, pastu startnya ialah jari luka kena sabun buku yg dh mengeras slps lembik.. Eh, sape penah ade pengalaman sabun buku (mcm Ekonomi Handalan/ Fab - Dobi ku tak guna sbb mahal sikit) yg lembik kena air kemudian bila dh kering pastu ade pembentukan seakan kepingan kaca kt dlm sabun tuh? Bila tgh menyabun-menyental kain2 kotor tu, tiba2 jari2 luka mcm kene hiris pisau.. tu yg ku belek2 sabun buku, nampaklah kepinangan "mcm silica" tu.. Bila dh luka2, kulit start mengelupas dr hari ke hari. Igt biasa2 je. No action taken. Jari jd sensitif sampai bleh rasa "pedas/panas" lepas makan makanan pedas. Dh mcm tu, membasuh kdg2 pakai sarung tangan sampai koyak2 glove. Leceh betul tau membasuh kain pakai glove sbb confirm air masuk dlm glove lebih2 lagi time bilas baju2. Member2 mmg suka "mengutuk".. tau je lah zaman sekolah menengah kan.. hahaha.. hostel.

17 year-old:  Bila dh abis form 5 (tunggu result SPM) kt umah dh ade mesin basuh kain so, jari baik kejap. Tapi, ade sekali tu mama beli sabun basuh pinggan "bundle" satu botol tong besar. Murah katanya.. Oh, oh ku byk sgt buat kije dapur tau! Kak Long tgh ade kt umah semua adik2 buli gara2 byk guna clorox + sabun basuh pinggan (tk berjenama baik) jari ku perlahan2 'protes'.. kering - menggelupas - keras - crack - menipis - mudah sgt luka. Oh (tension betul bila recall zaman lepas SPM tuh).. adik ade 5 org, mak ayah kije.. jimat cermat. Kije rumah totally on me..huhu. Glove pun kira mahal juga tau nak beli. Tambah nak cari glove saiz S, huhu.. payah nak jumpa. Pasaraya Mydin ke, Giant ke mana ade lagi kt K.Trganu time tuh. Walaupun mama & ayah kije hospital..kami jrg sgt jumpa doktor kecuali dh terdesak. Setakat sakit demam luka biasa2 tu, kt umah ade kelengkapan, insya Allah. So, kes jari 'manja' ni.. sikit je. Oh ya, selain ku..adikku no.2 pun kena juga cuma tk seteruk ku.. Mmg teruk betul sabun pinggan tuh.. ntah apa dia buh.

18 year-old: Kemudian masuk university kt utara, rutin basuh kain bermula lg.. huhu.. dan tiba2 seluruh badan naik biji gatal2. Masa tuh, bila cuti semester, mama bawa jumpa doktor.. Then, masa tuh baru tahu jari ku ni sbb hand eczema.. ianya tidak boleh diubati hanya boleh mencegah drpd jd teruk. Ianya berkait dgn keturunan mcm alergi dan asma. Masa tu doktor bagi aqua cream, 2 bulan mandi ngan cream tu je..tk bleh sabun sampai la gatal2 badan baik. Utk jari dia bg cream Hydrocortisone (yg mana ianya sgt tidak bagus utk my eczema).
30 year-old: Dah bertahun2 kena HAND ECZEMA.. Pengalaman yg boleh kongsi (awas, ini hanya pengetahuan melalui pengalaman ku shj, mungkin sesuai mungkin tidak..kita kongsi2).
  1. Hand eczema ku akan beransur2 pulih setiapkali aku mengandung. Ku tak pasti kaitan hormon dan eczema. Eczema makin teruk bila stress/letih/penat sbb tu my eczema kejap ok, kejap teruk.
  2. Sentiasa pakai glove bila guna detergent/clorox/softener/cuci2 pinggan+baju+toilet dsb. Pakai glove juga bila nak operasi bilik yg penuh habuk kerana habuk sgt2 effect/pencetus hand eczema kembali. Pakai glove juga bila berkebun ya! Pencuci pinggan mangkuk spt SUNLIGHT (yg lain blm berani cuba) boleh guna tanpa glove hanya jika jari dh baik. Jika jari tgh eczema, syampoo rambut pun kena pakai sikat/glove. Leceh nyerrrrr!
  3. Masak2 cam potong halia, bawang, limau nipis pun kena agak2 la ye..
  4. Byk juga cream yg doktor bagi tp cam tak berkesan. Jika baik pun lepas tu 2-3 minggu akan jadi lagi malah lg teruk drpd sebelum taruk ubat. Antara cream yg ku penah guna mcm Hydrocortisone Cream, Econazine Cream, Elomet Ointment.
  5. Calamine cream.  High recommendation for treatment of skin rashes & eskin czema berbanding cream2 steroid kt atas tu. 
  6. Rawatan terbaik utk ku setakat ini:  Sentiasa bubuh Vitamin E Oil kt tempat hand eczema. It really works! Ku beli kt Guardian je. Ada jenis murah Colonial Dames (maybe promo price - less than RM30, yg mahal bleh beli Natur E - Garden of Eden tu.)

Bila dh kena hand eczema, deria rasa di hujung2 jari mmg kureng. Nak pegang jarum pun dh tk rasa. Nak rasa pilih kain kt Jakel Silk Store pun tkleh beza dah.. Any tiny texture mmg tk dpt lah. Sedar2 jari dh darah. Oh, duri kt sini ye.. Oh, benang dh keluar dr jarum ke. Kdg2 nak butang baju anak/baby yg kecik2 tu pun payah+lama giler. Paling seriau plak bila belek2 kertas like newspaper, A4 paper ke, susun duit raya RM1 - kertas baru kuar bank/ATM. Mcm2 lah benda2 halus/seni yg payah sikit nak buat. So phm2 lah ehh..bila ku jd makin lembab bila buat keje. Kalau kt dapur tu, jgn harap la nak potong halus2 jika dh pakai glove tuh, silap2 glove pon terpotong sekali.

2. Nipple Eczema

(Seksi sikit gambar sebelah, maaf tp bukan gambar ku tau..aduh yai). This skin problem ku kena sejak breastfeeding my 2nd baby, Auni. Mula2 ok, masuk bulan ke-3, ade semacam lapisan kulit asing membulat di nipple menghala ke areola. So, bb kn kita bawa pi cucuk kt klinik (ku suka klinik kesihatan kerajaan je, amik peluang tanya nurse)..oh, nurse situ siap ckp dia masukkan namaku dlm borang refer doktor for breast canser! Dlm masa sama, suruh aku refer Hospital Panel..maybe dia dh agak procedure kt situ take time. So, aku refer la panel. Dia pun ckp eczema. Hm, agak dah. Kalau bab kulit, ku ni takde lain eczema je la. Anak ku pun sama. Doktor cam biasa bg Hydrocortisone. 2nd time pegi bg Econazine. Semua tk jalan. Malah, makin teruk. Breast jadi makin sensitif. Nak taknak tahan je la. Kulit sekitar nipple jadi crack, kt areolar jd merah dan paling tk tahan gatal sgt.. time menggaru mmg lupa dunia. Pas garu, ahah..tanggung la akibatnya. Kulit seakan luka koyak camtu, so bila anak menetek mmg pedih habis! Menitik air mata ku neh.. No choice tahan shj sbb dia mmg tkmau langsung botol.. susu badan yg ku pam expired gitu je. Ikhtiar ku, mcm2 la cream try. Buh calamine cream, ok kejap then jadi balik. Sbb payah nak heal due to direct breastfeeding. Dh buh ubat dia nak nyusu, kene sapu plak. Pastu bila mlm, rajin baru buh ubat.. sbb malas nak bangun cuci nipple bila baby nak nyusu. Mmg payah nak baik la. Ku pikir2, maybe breast ku ni alergi ngan susu ku sendiri. Susu (badan) kan ade antibodi.

Paling teruk ialah bila sekali tuh, anak kena IMPETIGO (skin infection - next time citer), jangkit ke luka breast ku..mmg gatal giler2.. sampai tkleh tido. Akhirnya ku buh Dettol. Pedih + gatal = Lega. Esok, semua kulit di sekitar breast mati (jadi gelap). Proses menetek masih on-going tau, siap darah juga la sikit2. Hari ke-3, dlm masa yg sama ku bubuh minyak gamat + minyak MORHABSHI (baru order, try for Impetigo), kemudian kulit mati tu keluar sekeping2. 

One thing, breast ni mcm less deria rasa sikit compare ngan kawasan lain, pedih amat hanya first hisapan (maybe 1st luka kena basah) then, bila dah semua basah + susu keluar, pedih hilang. Begitu lah tiap2 hari. Cam biasa, eczema kejap ok kejap teruk. Apa yg menyebabkan ku terus juga breastfeeding sbb naluri ibu agaknya, kesian tgk anak nangis (anak ku kurus, timbangan hanya paras2 line kuning je).. dan ku percaya pada Allah dgn rezeki utk anak ku ini sbb susu masih lg ada kan. Maybe dgn tahan sakit ini, berkatnya ada + hapuslah dosa2 ku ya Allah.

So tujuan cite ni nak bgtau, baru2 ni (anak dh 1 tahun 10 bulan) baru pi jumpa pakar kulit. Haha dh lalui teruk2 baru skrg nak jumpa? Sbb? Ahah, sbb nipple ku dh sgt2 teruk sejak balik dr Genting ari tu (family day office mr.suami). Masa kt Genting tu, mmg teruk la. Maybe faktor cuaca yg sejuk (musim hujan plak tu) + dh travelling dlm keter tu anak asyik bergayut netek je la kije nyer. Walaupun setiap masa buh vitamin E oil tu + calamine cream (mmg tkde dh nak lap2 walau anak menetek - hrp2 tk bahayakan dia) namun.. ianya tk berkesan lagi. 2 minggu bertahan siap buh Bam Gamat (konon nak kurangkan anak netek, tapi dia tetap netek juga walaupun dgn Bam/Minyak Gamat ku sapu)..huhu eczema ku makin parah. Setiap kali dia menetek sebelum susu keluar sememangnya darah yg keluar dulu. Nipple ku dh pecah darah dan crack. Sgt tidak tahan lg kesakitan utk breastfeeding. Tu lah yg menyebabkan ku rela beratur panjang, tunggu giliran di KLINIK DR.MOHD SULAIMAN, K.Trg..(mmg dia skin speciallist - kata mama ku).

Alhamdulillah, today (saat ku karang posting ni).. Masalah ku makin pulih. Apa yg ku dpt dgn jumpa Dr. Mohd Sulaiman: "Ku kena NIPPLE ECZEMA. Ramai pesakit dtg jumpa dia sbb kes ni. (Oh, nape ku tak tahu?) Caranya, tiada jalan lain ialah STOP BREASTFEEDING. Eczema ni jadi sbb AIR LIUR anak. (Oh bukan sbb susu badan ke doktor? Aku silap la). Tapi sy bleh bg ubat makan, ubat cuci dan ubat sapu. Tu, kt bibir awak tu pun sy tgk ade eczema. Jgn buat habit jilat2 bibir ok. (Aaa? hehehe) Pada tu, sempat lagi ku mencelah tanak Hydrocortisone cream. Doktor cakap dia tak bg cream tu, dia bagi cream B------. Aku lupa apa nama cream tu. Aduhh. Pesan dia, bagi time gap panjang antara taruk ubat n aktiviti menetek agar nipple sempat pulih. Lepas netek, terus taruk ubat. Awak pun bleh pam susu ke botol. Bukan direct bf. Total semua: RM190. Huhu, mahal weh. Ubat2 dia plak semua repack balik, so ku mmg tak tahu apa nama ubat2 tu. Kecuali yg cream 'sabun' tu ku rasa Aqua Cream. Kalau tahu senang kita bleh gi beli je kt farmasi (jika ade la). Ku cuba lg mencari2 apa nama cream sapu ni eh? Sbb ia bagus. Tapi mcm kurang bagus plak kt hand eczema ku. Ubat makan tu, maybe antibiotik sbb kena makan tiap hari sampai seminggu dan seminggu lagi selang sehari. 2 ubat makan lg 2 kali sehari, dan 1 lg makan bila gatal. Nama mmg tak tahu sbb dia repack buh dlm peket klinik dia. Strategi bisnes agaknya.

Skrg, lepas sakit2 ari tu + ku ckp tegas ngan Auni + training botol (Formula Milk - dulu pam susu pinjam je - tuan dia dh ambik), aktiviti menetek dh kurang di siang hari. Malam mmg tk dpt elak la. Lagi pun 24/3/11 ni dia cukup 2 tahun. Dulu selalu juga minta botol susu, tp tak minum pon..hanya sebab dia mengikut si Abang (hampir 4 tahun) yg masih minum botol. Nangis2 minta nak susu tp buat2 minum. Akhirnya buang. Kdg2 bagi kucing terbiar minum.

3. Child Skin Eczema

My son punya skin eczema & rashes (yg teruk) sejak baby heal dgn Calamine - kesian dia sbb dh umur setahun kena, baru try Calamine. Mmg dia kuat meragam, kuat menangis, sawan tangis la semua lah. Maybe salah satu sbb tk selesa ngan eczema ni kut. Setahun dia tkde wangian. Doktor tk bagi shampoo/bedak/sabun wangi2. Pakai SEBAMED pun tk jalan. Eczema teruk kt muka, kulit kepala, lipat tangan, lipat kaki, leher termasuk kelopak mata. Kesian sgt. Setahun tu asyik duk minta sabun aqua cream kt klinik utk mandi dia. Agak 'busuk' hapak juga bau anak sulung ku masa bb tu sbb asyik bau ubat tu je. Mujur kt bontot or 'bird' dia ok plak.. diapers apa2 pun tkpe. Tkde rashes kt situ. Lepas setahun eczema dia berkurang. Utk kurangkan bau rambutnya yg hapak hanya EUBOS Cream Bath Oil (for baby) yg boleh guna. Kdg2 buh juga kt badan 5-6 titik.. haa, ciput je guna. Harga pun bleh tahan mahal juga. Tapi puashati sbb bau dia semerbak walau hanya guna ciput je. Sebotol besar tu tahan 6 bulan utk Adam sorang. Pastu bila dh berkesan dgn calamine, kdg2 mandikan dia dgn calamine lotion tu je.. pastu sapu calamine cream kt tempat2 rashes.. Alhamdu Lillah jadi. Calamine ni murah dan berkesan! Bagus. So bila dh heal, slow2 guna baby shower gel biasa (Johnson ke, Anakku ke Giant ke).. Ok je. Tp kdg2 betis dia jadi kering gak. So cepat2 buh calamine atau Vitamin E Oil. Camtu je ku buat.

3 comments:

hadina said...

Neyhan cuba tak pemakanan supplement ke? mane tau, dgn izin Nya boleh beransur / kurangkan eczema...

NEYHAN said...

hadina.. bleh bgtau apa supplement tu? Ilmu juga ni.. ikhtiarkan..?

hadina said...

supplement yg kami satu family amalkan...
boleh refer N3 yg ni http://kasihselamanya-hadina.blogspot.com/2009/07/k-liquid-chlorophyll.html

http://kasihselamanya-hadina.blogspot.com/2011/03/sambungan-n3.html

mane yg baik tu, ina nak kongsilah jugak dgn org lain.. :)

Note For You (Sample)

 

NeyHan © 2011 By NC