About Me

My photo
Born in 1981. A full-time housewife with 2 great children (Adam-6yrs & Auni-4yrs). Graduated in Applied Chemistry. Hobby: being creative while shopping & designing.
Showing posts with label Dear Diary. Show all posts
Showing posts with label Dear Diary. Show all posts

Sunday, December 9, 2012

Apa Masalah Ku?

Recently, i feel like my life is so 'boring'. Boring bukan maknanya takde apa nak buat atau banyak masa terluang atau takde masalah atau sunyi sepi atau ...

Rasanya setiap hari, byk benda nak kena buat, byk lagi kerja tertangguh.. tapi tiba2 rasa 'mcm boring je'. Rasa moody woody.. yg ditelan berhari2 sampailah ke hari ini. Sentiasa sibuk2 kan diri, or buat2 sibuk. Cipta aktiviti yg disukai or buat2 suka. Today, ada org tanya, apa hobi ku?... Hmm, sgt lama berfikir hanya utk menjawab soalan itu. Melayang jauh sehingga ke alam remaja mencari jawapan. Hobi yg sebenar hobi pd pemahamanku ialah benda yg kita suka buat. Mcm mana nak tahu kita suka buat? Maknanya kita sentiasa buat drpd dulu sampai skrg setiapkali kita ada masa or setiapkali kita sempat (tak kira bz ke tak bz ke).. sbb kita kan suka buat benda tu... so apekah ia? Designing? Shopping? Layan movie? Hmm.. haa, ku suka JALAN-JALAN!!!

Masalahnya kenapa sejak akhir2 ni, suka terperuk saja kt rumah berhari2 tanpa langsung keluar rumah? Peliknya.. PELIK SGT... THAT'S NOT ME !!

Ya, ITULAH MASALAH nya.

Hormon?

a. Dulu sgt moody n sgt stress n depressed. But still slim.
b. 1-3 tahun lepas, lebih cool n calm. Berat sudah naik.
c. Now, moody start slowly increase day by day. Obviously. Berat maintain lg.

a. Baru nak mula alam rumahtangga. Anak2 kecik. Gain experience.
b. Implan was insert. Boleh dianggap takde period. Anak2 membesar. Gain more experience.
c. Implan removed. Period dah 2 kali. Anak2 makin membesar. Moody??

I had to find my old me?

Monday, June 20, 2011

Oh..Redang Island

27/5/11 JUMAAT: Bercuti di REDANG MUTIARA BEACH RESORT (click here), Terengganu. Ahahh.. mmg dekat ngan rumah (kampung halaman ku) tp bukan selalu berpeluang ke sini. Nama je rumah dekat pantai tp jarang pegi mandi pantai, berenang pun tk reti.. ahaha. Suka tp blm jumpa klik ah yg suke lepak tepi pantai.. (hm, skrg ni ade mase utk lepak lg ke makcik oii.. hehe).. Apapn, ini kali ke-3 ku 'melancong' ke Pulau Redang (pulau2 lain tk pernah pegi Pulau Pinang selalu aaa - I'm really fall in love with u Pulau Redang?).. 2 kali trip ke sini masa zaman anak dara dulu lah..

Eh, citer trip kali ini k. 1st of all, nak thanks to mr.Suami kerana bermurah hati sponsor we all the whole family (me, ayah, mama, dikla & limi (mak uda), tipah (mak usu) & anak2). Harga setelah berunding ngan K.Za (taukey resort) dpt lah RM220 per head utk 2 hari 1 mlm. So, pagi Jumaat jam 8.00 dh gerak dari rumah Gong Badak ke jeti Merang.. Ku mmg dh siap pakai 'baju' utk basah. Haha, excited! Pengalamanku dulu, nanti sampai pulau kena harung air.. tkde jeti tau. Sementara duk tunggu bot n K.Za, kami pi round gerai2 jualan kt situ, shopping lg. Ada yg beli topi, ada yg beli air mineral.. ku? Beli baju dress pario kt Auni.. Adam, Tok Ma beli kan.. Dlm pukul 10pg dtg officer (tk tahu nak panggil dia apa) utk minta bayaran RM5 seorg utk harga tiket Marine Park. Mcm ala2 tol utk ke Pulau Redang la kot. Then 10.30pg baru bot sampai, bayaran semua settle kt situ (cash only). Ade dlm 3-4 groups. So, tk ramai sgt. But with us, ade group yg 'agak' seksi young men n women with extra 'mencapub'. Huhu.. apa2 je lah ye. Yang PENTING: mesti bawa ROTI byk2 utk bg ikan makan ketika snorkelling nanti!!!!!
Jeti Merang. Tunggu bot.
Adam dari awal lg mmg dh melekat with Mak Uda dia je.. immediately dia tukar 'ibu'. First naik bot tu, aduhh.. kecik perut jatung limpa ku.. kena plak laut berombak.. mmg seriau..ala2 naik mini roller coaster (eh ku tk penah naik pon). Ohh..tidak.
Dlm bot: Adam n Mak Uda. Pak Uda with spek itam nye. Ku kt belakang.. haha pucat?
Dah sampai Pulau Redang. Lihat lah airnya.. turquoise blue? Sgt indah.
Panorama view by Sony Nex-3D. Amateur. Auto setting. :)
Wah, skrg dh ade jeti ye. Dulu dtg (with same resort) takde lagi jeti. Bagus2.. Cantik2.. mr.Suami, mmg kagum sgt2 dgn keindahan ciptaan Allah di Terengganu tercinta ku ni.. iyalah, ini 1st time dia ke sini. "Abg, dulu pasir dia lagi putih. Putih mcm salji" kata ku. Dlm hatiku: Eh, bila masa aku tgk salji?.. ahahah.
Antara chalet yg ada: Jenis ni khas utk family.
Yg depan sekali tu chalet kami. Ada satu bilik shj with 2 queen size beds, 1 single bed kt living room. 1 3-seated-sofa dan 1 2-seated-sofa. Kami semua 7 org, haha.. pandai2 la nk tidur. Pompuan dlm bilik, lelaki kt luar. 1 bathroom with heater. Cukup selesa dan santai. TV takde ye.. nak t.v tgk kt cafe.
Dh siap timetable kt office
Tak usah buang masa. Walaupun pukul 11pg.. matahari atas kepala dgn sedikit mendung awan, kami terus siap utk terjun ke pantai yg melambai. Tgk wajah adam: dia takut pantai. Oh ya, swimming suit Adam n Auni ku dh siap2 beli, kt Giant. Harga budget < RM30. Nyaris2 juga ku nak shopping online swimming suit muslimah utk ku.. tp mahal sgt la pulak. Hmm.. trek suit je la.
Tok Ayah melayan Adam main tepi2 je.
Lunch time: Mcm hostel plak kan cuma makanan dia best lah sikit dr hostel.
Dlm bot ke Marine Park. Grandparent with grandchildren!
2.30pm: Ke Marine Park. So, sbb kami ade kanak2, satu group kt Marine Park beach. Satu group lagi ke tempat lain (khas utk snorkeling kt taman laut agaknya).. Kpd mereka yg mabuk laut/mabuk snorkelling mcm ku dan ayahku.. pandai2 lah bawa diri ketika snorkelling. Jgn sampai muntah. So, snokelling kt taman laut dalam selama 1.5 jam (tiada daratan) mmg tk sesuai.. heheh.. so Marine Park beach ni cukup lah. Dgn bekalan roti yg cukup, mmg syok snokelling. Ikan2 warna warni pasti mengelilingi roti anda. Siap makan di tangan anda... Itulah pengalaman yg sgt2 mengasyikkan! Eh, tiba2 mama sound aku: "Mana mak ayah dia ni, dh lupa ke kat anak2?" hehe, apa taknyer.. Adam & Auni mmg ku lepas je kt diorg.. Hahaha.

Asar balik resort, mmg dh letih. Malam tunggu dinner & barbeque. Lepas makan dating kt tepi beach. Esok pagi subuh, ku plan ngan mr.Suami utk jln2 tepi pantai sambil bawa roti kut2 ada ikan lapar. hehe.
Matahari hampir terbit. Posing di batuan beach resort sebelah (Amanna Gappa).
Lepas breakfast cepat2 je gi beach last snorkeling n mandi manda.. Mmg best + syok.. Dgn matahari pagi, kebetulan org tk ramai... the beach is MINE!!! OMG.. Tuhan yg maha Kaya menciptakan keindahan di hati ku.
Crystal clear
Auni tgh bg ikan makan roti.
Nampak ikan. Nampak kaki.
Tipah: You go girl! She was at USIM now. Future dentist, Insya Allah.
Oh, masa utk pulang.. Lihat lah sunburn pada anak dara ku Auni. Alah, wajah ku takyah la tgk.. So, lepas ni jgn lupa bawa sunblock ok! Auni pun dh letih.. sbb dia lah yg sporting ikut gi mandi laut.. Adam, melekat with mak uda.. dan last minute baru excited nak mandi2. Adam: "Ibu jom la kita main tiger lagi kt air." Ku terpaksa jd tiger dlm air utk bawa dia mandi laut. Hanya sempat main 20minit je. Aku: "Tapi, kita dh nak balik ni Adam. Tgk bot dh sampai. Lain kali kita mandi lg." Dia monyok.. Hmm, dlm hati ku.. dia anak teruna ku, tp dia takut2 mcm ku.. Dia pula anak dara ku.. tapi dia berani2 mcm suami ku..

So, bot kami terlepas.. diorg cakap tunggu 2nd bot pukul 11pg.. jgn lambat. :)) Sewaktu kepulangan kami, nampaknya menjadi waktu ketibaan kepada ramai (berduyun-duyun) visitors yg lain.. Iya lah.. Ramai yg bercuti hari Sabtu-Ahad... kena plak time tu cuti sekolah... Alhamdu Lillah.. Pulau Redang kami balik dulu.. -Hmm, alamak dahaga Peel Fresh la..

Wednesday, March 16, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

Mukaddimahnya: Ku nak listkan sesuatu mengenai wayang & diriku.

Senarai movie yg ku tgk sejak dh kawin (2006):

1. Wall-E (2008) - Adam kecik lg (1.5 yrs), mmg kacau dlm panggung. Dia tk layan movie aaa. Mr.suami terpaksa bawa dia keluar. Tinggal ku n angah dlm tu. Lepas tu tk amik tau dh bab latest movies. Layan astro je la.
2. Resident Evil: Afterlife (2010) - Time ni kt Penang, anak2 tinggal kt mertua. Hari raya puasa ke-2.
3. Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 1 (2010) - TGV kt Mesra Mall. Ada cinema gak kt sini at last. Bawa Adam & Auni. Test..test.. Orait. Si Adam (almost 4 yrs) dh besar sikit, umpan dia ngan popcorn. Si Auni pula (almost 2 yrs) bila dh nak start restless ku offer 'susu cap gantung'.. Separuh citer, diorg semua tido.. Settle.
4. The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader (2010) - pun at Mesra Mall TGV.
5. Hikyat Merong Mahawangsa (2011) - latest until this post ditaip.
 
Photo: KRU Studio
11/3/2011: Ku ke Panggung TGV Mesra Mall with Mr.Suami, Anak-Anak, Mama, Ayah dan Tipah (adik bongsu ku) utk tgk citer Hikayat Merong Mahawangsa. IMulanya beberapa bulan lepas lepas, mr.suami tunjukkan trailer HMM kt You Tube. Sblm ni mmg tk tahu apa2 pun psl filem sbb ku ni katak bawah tempurung, dan bila tgk trailer tu mmg nampak menakjubkan mcm citer 'Hollywood' je..? Tahu apa ku ckp? "Biar betul KRU ni, silap2 trailer je gempak..citer hampeh." So, tgh sibuk2 masak kt dapur tghari Jumaat tu.. mr.suami dh booking tiket online utk tayangan petang tu. Sejak TGV bukak kt sini, ini kali ke-3 tgk wayang.

Dlm hati risau juga sbb ajak mama & ayah sekali. Diorg lagi lah mmg tk tgk wayang. Ayah ku pula last dia ke wayang zaman dulu kerusi kayu lg.. tiket masa tu dia ckp harga paling mahal Rm2.50 mcm tu. So, jika cite ni tk best, habis la.. mesti dia tk gi wayang dah, tambah pula dia hanya layan action movie shj. Ckp bab ayah ku ni, aduhh..masuk je panggung mulut dia bunyi2.."Wah, dlm ni karpet, air-cond, sofa, cantik mcm ni, no wonder la tiket mahal. Skrg nak tgk wayang dh selesa tk mcm dulu ya. Bla..bla.." huhuhu.. ayah ayah.. ayah ku tahun ni baru pencen, tkde la tua sgt tp mmg dia tk tgk wayang agaknya dh 20 thn kot. Utk umpan anak2 ku, tok ma dia sempat beli ayam goreng 3 ketul. Ku pula beli popcorn dn minuman. Rasanya tk boleh bawa makanan dr luar kan? Heheh.. lantak le ayam goreng 3 ketul tu.

Eh, panjang betul intro. Citer blm lg. Mcm wayang je. Iklan dulu br citer masuk. Intro HMM sgt menarik, dgn suara pencerita yg menusuk kalbu, yg mana at last baru tahu suara tu sbnrnya milik Sultan Mudzafar Shah (Phra Ong Mahawangsa) pewaris Merong. Visual intro tu cantik gambar dia. Jalan citer mmg tk nampak lg n masih pening sbb ku mmg tk baca apa2 pasal citer ni hanya trailer semata2.. surat khabar pun ku lama dh tk beli. Otakku mmg pegi dgn kosong. Ok..ok.

GOA. Citer agak laju, so tk sempat hayati lama dh pun sampai Goa. Rombongan Prince Rome yg nak nikah ngan Princess China dihempas ombak dan berlabuh mendapatkan bantuan di Goa. Pedagang india tu, kita mmg asyik dgr loghat speaking dia je la. Tapi as always and logic, no gold no talk. Segala bantuan mesti berbayar. Prince kena on time gi kawin ngan Princess sbb China percaya ramalan feng shui. Nak tunggu next rombongan Rome tiba with gold lambat pulak kan. So, Prince kena gak dptkn kapal. n nakhoda utk jumpa Princess on time. Tiba2 ade show gusti.  Then kuar girl india cantik, igtkan dia heroin hahaha, pastu bila kuar hero a.k.a Merong pun ku tak tahu dia hero (taktahu sape pelakon dlm citer ni) tapi bila tgk2 dia lawan.. alah yg menang tu mesti hero kan. Body mmg mantap dan lasak betul org zaman dulu nih. Tapi masa babak Merong pandang, girl india cantik tu buat paling muka plak, tu yg tak tahan kelakar tuh.. ahaa, patutnya risau la sbb pakwe nak kena mati, ni sempat lg tu buat merajuk.. ker ku tak yg tk paham? Bila Merong menang gusti, org Goa tk puashati - dh ngorat anak dara org kan.. So, Prince bela Merong sbb nak guna dia utk sampai ke Semenanjung Emas, tempat jumpa Puteri. Merong mmg tk layan mula-mula.. dia pun mmg takde apa2 life yg nak diperjuangkan.. dia hidup bebas tanpa apa2 tanggungjawab or arahan. Tapi sbb tiada pilihan, sama ada mati di Goa atau bawa+jaga Prince sampai ke Semenanjung Emas dgn kapal 'buruks' dia. Prince juga tkde pilihan selain Merong yg tkperlu bayaran segera.

Semenanjung Emas. Atas kapal tu barulah Merong dan Prince berkenalan. Ahaha.. Sbb Merong 'speaking' dan rupa pun 'speaking', terlupa dia tuh membawa watak MELAYU. Cuma ku tahu, Melayu dulu mmg seorg pelayar. Berlayar di serata tempat. Masa ni mmg rasa cam tgh tgk citer hollywood je. Bila dh berlabuh, sesi perkenalan Prince dan Princess pula, oh lupa Si Inang yg lucu itu. Malangnya warna latar filem ni yg gelap dn pudar telah menjadikan ia kurang berseri lah. Scene air terjun pun tk nampak best yg mana ia sepatutnya nampak sgt indah! Mungkin sbb nk bg gambaran waktu tu malam.. Princess pula nampak cantik dlm gelap ni, bila cerah tk sure la plak (sbb ada yg cakap tk cantik & lakonan kaku - tp bg ku okay lg dari watak awek hero dlm filem Transformer 1&2 tu, ahakss.. ntah ku tk tahu.) But keseluruhan citer pun mmg malap warnanya.. kiranya style filem ni begitu kot. Mcm citer ape tu King Arthur gambar biru jer. Kt sini watak Merong lebih dikembangkan. Dia seorg benar2 buat tugas dia, pegang kata2, boleh dipercayai dan bertanggungjawab. Bukan sekadar kerana habuan emas yg dijanjikan Rome. Dia hanya buat apa yg dia rasa dia PATUT buat. Sbb tu Prince jd friend ngan Merong.

Lanun Menyerang. Bila Puak lanun Geruda menyerang, Geruda nampak dasat sgt sbb adanya Kamawas dan ilmu sihir. Wah, mmg dia layak watak Kamawas! Ku harap jika filem ni ke luar negara, Kamawas akan ditawarkan berlakon di filem luar pula..!! Scene pertarungan bermula. Kehebatan skill berperang Merong diuji. Hehe. Aksi anak panah menghujan dr langit turut dimuatkan. Kira canggih jugaklah scene perang ni.. cuma siapa yg ade tgk Arjuna, mesti tau kan aksi2 lawan dia suke wat cepat2 gambar tu..camne nak ckp tah. Jd mcm hilang seni bertarung skit bila dia wat cepat2 gambar gitu. Ku tk tgk sgt prop2 sampingan tu.. pokok tk goyang ke apa ke selagi ia tk ganggu citer..hehe. Cuma logik akal ku terganggu sikit bila Merong panjat menara then konco2 Geruda kejar ikut panjat dan kemudian cuba runtuhkan menara. Bila dh runtuh, diaorg semua pun mati/pengsan. Mcm pelik sikit scene ni. Merong selamat but then jelepuk pengsan dan kemudian diselamatkan Kesum. Oh ya, dlm masa sama.. Jeneral Laksaman China pun cedera parah juga. Ku sangka dh mati. Pastu Princess kena culik lanun, Prince pula nak gi selamatkan Princess, berjaya tikam Kamawas tp rupanya dia kebal. Pastu Prince kena tikam oleh Kamawas dan jatuh ke laut.

Kampung Langkasuka. Then watak Kesum keluar. Dlm panggung tu ku dgr ade org gelak2.. rasa je nak buat syhhhh. Mmg rambut wig putih Kesum tu nampak cam kelakar. But then, tkde la kelakar sampai nak ketawa lama2. Mungkin jika wig tu color hitam kekelabuan tk nampak teruk sgt kot mcm Gandalf. Nak kate wig tu kusut masai sgt.. rambut Merong lg terokks tp Ok je kan. Maybe color putih melepak tu yg nampak cam tk real + tak nampak Kesum ni gah sikit. Padahal Kesum kan org berilmu dan disegani, classmate ngan Taji, bos lanun. Merong diselamatkan Kesum. Heroin pun keluar as Embok. (Siapa Ummi Nazeera ni?).. After google: Ahah, pelakon wajah ayu dlm Mak Limah Balik Rumah tu eh?..Dlm Nur Kasih tu dia ker? Heheh.. maaf la tk perasan. Sy hanya suka dia as Embok shj.. (sbb muka dia cun plak tanpa make up warna warni gitu - ada iras Shu Qi kegemaranku.. eheh.. jgn perasan tau, cepat scroll bawah ku letak gambar dia & Shu Qi). Balik ke cerita asal, scene Kesum membuat keris!.. byk lekuk keris tuh. Tp kenapalah Kesum yg handal tu ketuk keris panas menyala tu slow sgt.. ketingg..ketingg..ketingg.. nampak berlakon.. biasakan if goldsmith ku tgk citer mesti ketuk ketangg..ketangg.. ketangg.. kuat giler nak bentukkan besi tuh.. hehe.. komen mcm ku ni penah ketuk besi..kui..kui.. tp mujur scene tu kejap je.. disulam ngan close up wajah Merong yg hairan nape dia diselamatkan.

Kt sini menceritakan siapa ibu Merong, lakonan sekejap tp mantap Ummi Aida. Asal usul lanun Geruda. Siapa Taji dan kisah ilmu kebal mereka hanya pada tangkal. Kisah Embuk diperkosa Kamawas dan bibit cinta Merong dgn Embuk. Watak istimewa Embuk boleh dikembangkan lagi kasi menarik..hehe sbb tang last tu, tiba2 je pencerita bgtau Embuk mengandung anak Merong. Hmm, tk perasan bila Embuk jadi permaisuri masa Merong ditabalkan raja Langkasuka. (hiiii, ni mesti time Adam kacau minta ayam goreng ni).. ku nak beli DVD nak tgk balik.. of couse!!

Jadi Raja Langkasuka. Merong skrg hanya fikir utk selamatkan Langkasuka dr menjadi mangsa Geruda shj sbb Prince pun dh mati. Tugas dia dh tiada. Taji dan Kamawas plak peras ugut China setelah dia culik Princess. Tapi rupanya Prince dan  Laksamana masih hidup.. Meraka bersatu utk menyerang Geruda. But Geruda lebih ramai. Langkasuka ada beberapa pahlawan shj, antaranya Jehan Miskin (ala2 cam watak 'Legolas yg hensem tu' plak dlm ni).. ehehe. Cuma maybe tk sempat nak kembangkan watak dia dlm masa singkat. Budget lagi kan.

Serang Geruda. Untuk menjaga Princess dr terlepas, seluruh pulau perlu dikawal. Bila Taji mendapat amanat Geruda akan diserang, Kamawas disuruh pergi menyerang. Tapi sbb iri hati takut Princess 'dapat' kt Taji, dia degil. Si Inang terdengar pergaduhan kecil tersebut dan tahu rahsia tangkal kebal Kamawas. Princess mengoda Kamawas yg mmg dh lama 'bersabar' dgn mudah shj dpt curi tangkal tersebut. Aksi ini pantas 'dihentikan' dgn bunyi Geruda diserang angkatan Merong dgn kapalnya Jentayu. Kalian saksikan sendiri bagaimana endingnya. Dan babak yg agak kureng logik bila Prince tgh sibuk lawan Kamawas, Princess dtg sambil tunjukkn tangkal Kamawas ada kat tangan dia... huhuhuu.. Princess yg bijak tiba2 jd 'tk bijak' plak. Kan lagi menarik jika Merong explain mengenai tangkal tersebut atas kapal masa scene dia suruh prince tu pegi tidur ke.. ehehe..

Apapun, ku gembira kerana keluar wayang dgn bangga. Berbaloi tgk wayang (Rm11 x 4 + popcorn + air). Ku support juga tau filem melayu yg bagus mcm ini. Oh ya, satu lagi hanya Ngangkung.. ku layan kt Astro First and puashati Rm15. Yg lain tunggu tayangan free..hehe. Hantu Kak Limah Balik Rumah?? Camne bleh tgk?.. ermm.. tah sape tah pasang.. ku numpang tgk jerr..

- Citer best Hollywood yg lain pun ku tk wat post/ review dlm blog.

Saje saje je ni. Ku bukan peminat dia.
- Kiri Shu Qi, kanan Ummi Nazeera -

Monday, February 21, 2011

Neyhan Dah Daftar Perniagaan!

Alhamdulillah, setelah setahun sebulan Neyhan slow2 menapak dlm industri perniagaan, pada 17 Februari 2011 perniagaan kecil-kecilan ku berjaya didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah nama NEYHAN ENTERPRISE (002016526-K).

Bukan dpt untung besor mana pun, tp pada suatu hari yg menyegarkan hari tu (tahun lepas 2010) ku terbaca mengenai daftar perniagaan kt Mom Bloggers Planet secara online. Online?? Wah, sgt menarik tak payah pegi pejabat SSM la ye. Dari hari ke hari, plan utk daftar sentiasa 'postpone' aje sehingga ke tarikh 17/2/11. Semuanya sbb nak tunggu balik umah mak dan daftar guna Streamyx. (Bab daftar online ni mesti ade beberapa form nak kena isi kan, so jika pakai Broadband ni confirm bermasalah). Step utk daftar ku follow satu2 kat blog tu CLICK SINI dan dgn bantuan kad kredit Mr.Suami (thanks dear). Kiranya 2 hari dh settle everything (1 hari pun dh bleh settle). Untuk 2 tahun bayaran keseluruhan ialah RM 5 + RM 120.

Mudah kan sekarang ni byk benda dh bleh buat online.. tkperlu lah kita nak kendong anak2 ke pejabat SSM ke apa ke.. hehe. Pagi tadi pun kt MHI, ade talk pasal rompakan/ragut selepas keluar dari bank. So, selagi bleh buat online transfer, better buat online je.. takperlu nak keluar cash byk2 utk bayar apa2. Kecualilah mmg tiada pilihan kan. Ini satu cara pencegahan..kalau Allah kata nak jadi, maka jadilah. Usaha, Doa, Tawakkal. Semoga Kita Sentiasa Positif Minda!

Tuesday, March 9, 2010

Family Day @ Bukit Gambang Resort City!

Nampaknya tahun ini (19/2/10), ku attend juga mr.suami punya family day.. Sbb tahun lepas ku preggy dh sarat.. tkde nk pegi main2 nih.. Hehe.. Seronok? Of course la.. sbb? Ku tak pernah ade family day sendirik.. sbb ku keje sendiri.. dan ku tak buat pon family day.. ahaks.. ade ke org nk attend my sendiri bayar family day? Dah anak 2 ni, ku hanya sempat main 1 game je.. tu pun tk menang sbb dpt group members yg tk expert nervous utk acara masukkan jarum dlm benang.. aaa? eh.. berapa byk jarum dpt masuk dlm satu benang. Haa.. gitu lah agaknya game tuh. Eh..eh.. ku dpt masukkan byk tau.. dlm 3 minit tu.. dpt 8 btg jarum.. dgn gunting tumpul lg.. tengah panas lg.. haha.. sikit lg nk menang.. tp dh member lain dpt 3 je (ku tk salahkan kalian sbb kalian carrier women, mana nk jd cam ku nih.. yg biasa mengadap jarum kan..kan..kan..)  Mcm tukang jahit pula.. Mr.suami pun sempat main satu game jg. Pun tak menang tangan.. haha.  Tema dinner mlm tu pula RETRO.. 3 hari sblm tu baru mr.suami bgtahu.. so, tkde la ku nak prepare.. rembat je la mana2 baju yg nampak mcm zaman dulu2 sikit.

Ada nampak cam tema RETRO kah? Adam tu pakai baju 2 lapis tau. Haa, kat dalam tu dia pakai baju BEN10 takpun Atramen. Mujur sgt le dia nk sarung kemeja putih tu. Oh, sandal BEN10 Adam hilang sebelah on that night.. Ape taknye dr awal start majlis sampai habis 12.00am berdukung saje. Anti-sosial  kah anak teruna ku ini?
Hairband tu.. sampai sudah Auni tanak pakai.. Ape dah.. Ni tah camne ayah dia berjaya snap photo. Hehe. Rugi Rm6.90 harga hairband tu tau.
My hero.. Wah, wah.. posing.. Camne nk rotate gambar2 ni kasih betul yer?
Ni la beach kt Gambang Waterpark! Oh, sgt ramai org walaupun mentari terik atas kepala. Adam asyik duk ulang ayat.. "Takut..nak balik." Ishh..ish.. ish.. Takut sgt dia ngan air nih.
Auni tidur dgn sgt nyenyak. Letih sgt tuh main air.. Dia okay je.. Siap main gelongsor dlm air ngan ayah dia. Rilek je.. Adakah sbb dia masih kecik lg? Tiada memahami apa itu 'takut'? Hmm, mungkin juga. Eh, mana gambar naik trem?
Tak byk gambar main air.. sbb takut camera rosak. haha. tambah pula panas terik yg amat. Ade ke main sini kul 12.00pm.. Pd pendapat ku, Bukit Gambang Resort City ni menarik utk family day/ family gathering. Paling penting ade PAINTBALL jg.. tp kali ni kami tk main la. Harga tak tanya pula. Mlm, dia ade buka fun-fair utk kanak2.. happening. Wet world ni ku pakai trek t-shirt biasa jek.. hehe.. dlm pamplet ckp tak bleh.. tp ku rilek je pakai. Ngeh..ngeh..ngeh. Nyaris2 nk beli seluar fit renang tu. Kut2 tk bleh masuk. Tp ku fikir nk beli jg la utk adam & auni smimming suit. Budget.. budget.

Monday, January 18, 2010

Jadual 'Kerja' Baru

Wah, wah, wah.. Lama benar ku tk update blog ini. Apa yg ku ketinggalan zaman?

1. Happy New Year utk diri sendiri! Walaupun hari ni dh masuk 16 Jan tau.. heh heh. Mcm biasa spt tahun lepas juga, ku tak set apa2 azam pun.. sbb? Zaman muda remaja dulu, ku suka azam tp jarang ku igt azam ku sampai hujung tahun, silap2 esoknya tuh pon dh lupak.. hahahhah. Tp kali ni kene buat azam jugak (dlm hati), konon kut2 tiba-tiba ade wartawan interview tanya psl azam ku (alaa, cam artis2 tu).. takkan baru nk reka, yerk?

2. Happy Besday to ME! 3 Jan.. alahhh... ku tk plan apa2 pun utk besday.. n ku tk expect apa2 pun sbb ku BZ. Eh, dah 29 ni degree ku laku lg ke if minta keje? Hurmm.. Tapi ku bangga riak giler, sbb dah umur 29 tahun muda lagi ni, ku dpt juga 2, 3,4,5,10 hadiah dr 2 org tersayang padaku. Tak percaya? Percayalah. Mr.Suami walau tgh hebat menabung sempat pula bg jam mahal. Pierre Cardin. Ku terharu lah! Suker sgt! TQ sgt! Sayang sgt! Yg kedua dpt blouse import dr ibu ku! Canggih. TQ so so much!

3. Blog bisnes kecilan ku dh pun dirasmikan. Yes, akhirnya.. siap juga. Ku aim utk item2 yg sememangnya jd kegemaran kami sekeluarga.. Kira nak share shopping gitu. Buat masa skrg ku mulakan dengan blouse yg special. Kenapa special? sbb, ianya sesuai amat utk ibu2 yg menyusukan baby (direct breastfeeding). Kenapa ianya amat berguna utk ku? Kerana ku jd lebih selesa ketika menyusukan Auni (9 bulan skrg). Ku juga kurang selak-menyelak baju kerana blouse ku ade easy excess to breastfeed. Takde la nampak perut lemak lagi. Anytime je.. Tudung instant Hawa kegemaranku juga sgt2 membantu lah.



Jom lah visit my online shop! Ku belajar satu persatu utk buat blog ini. Keje mudah ialah dgn upload je template ready made yg cantik2 berlambak di internet.. namun, ku yg sedia cerewet nih anggap semuanya tak sesuai dgn jiwa creative ku. Hasilnya, korang lihat la sendiri ciptaan ku dgn ilmu limited yg ku timba juga melalui internet. Oh ya, ckp psl layout, ku suka search kt sini je http://www.bloggerstyles.com/.

Ini antara koleksi blouse nya. Ehem.. seksi sedikit. Harap maklum.



So, mulai skrg jadual harianku sudah baru! Nampaknya anak-anak ku juga bakal berperangai baru. Perhatian ibu sudah beralih arah yerrr.. Sabo.. sabo. Jadual ibu masih kelam kabut lg nih. Insya Allah. Lepas dah ok nanti, ibu akan buat jadual baru yg lain pula.. Agar lebih teratur. Skrg bg masa sesuaikan diri dulu k. Chow.. bisnes, bisnes.. eh anak dh berak tuh!

Tuesday, December 15, 2009

Online Bisnes?

Wah, sungguh gigih ku bulan ini menyiapkan blog bisnes kecil-kecilan ku. Utk itu, kerja-rumah-tangga ku tergendala juga nampaknya. Ku kerjakan yg wajib sahaja. Haha. Cthnya? Mandikan, breast-feed-kan, basuh berak-kan, bg makan, reka permainan-utk lekakan Si kecil Auni ku. Masak-kan ala kadar lunch/diner kami sekeluarga. Kemas-kan toys, baju2 berselerak-kan, clear-kan sink yg agak penuh. Sapu & lap-kan sisa-sisa daki makanan yang nampak shj! Masa yg selebihnya, ku mengadap komputer.. Kan, kan? Tu pun tk siap2 lagi, kerana ku belajar satu persatu utk blog ini.. Slow sgt progressnya. Kdg2 badmood juga kerana maklumlah, sudah penat ku bagitau Auni, "Ibu tgh sibuk buat blog ni. Jgn lah nangis. Jgn lah kacau. Ok?" Sambil membulatkan mata tanda marah tegas. Namun, apalah yg si kecil 8.5 bulan ini faham. Yg pasti perhatian ibu dh berkurang? Atau dia tk tahu main sorang2? Aduh, bila lah bisnes nk jalan nih? Ku kena usahakan juga. Jangan putus asa! Kan..Kan..Kan?

Hobiku: Sgt suka mengodek-godek photoshop. Nak design banner pun cerewet. Ku aim for: simple, clean but attractive! Haah, camno tu? 3-4 hari duk design pun aku tk kisah.. Minat punya pasal. Cuma time je yg limited sgt. Time mengodek komputer paling best ialah bila anak tidur. Tu je. Malam pun limited juga sbb ku asyik berulang ke tilam, breastfeed Auni yg mmg nk kena 'comfortkan' mulutnya time malam. Pacifier tak ndak pula dia. Bijak.. Bijak. Tp biasanya, nak tidurkan anak, ibunya pula yg tertidur sekali. Jaga2 dh pukul 1pg. Hampeh..

Oh satu lagi minatku: Membalut hadiah kahwin. Syaratnya: Pembalut mesti plain but attractive & riben yg sesuai (rembat yg mana ada) / bunga hiasan. Wah, ku mmg puashati sgt la bila pi kenduri bawa hadiah begini. Tkde lah nampak sama je cam hadiah org lain kan? Silap2 hari tu mood lebih, bleh kalah hantaran pula. Haha, but right now.. time sgt2 mengejar ku. Cukuplah dgn begini shj (lihat photo). Itu pn dh membunga-riangkan hati comel ku ini. Bulan ni 2 hadiah kahwin. Isinya?? Oh, itu rahsia. Cukuplah dgn penampilannya yg istimewa.


 

Ku close-up hadiah ini kerana wrappernya yg mahal (RM 2.50/ps). Mahal lah tu kan? Heheh.



Ini pula hadiah wedding utk anak-jiran-depan rumah, tempat lepak ku & anak2 bila lapar bosan. Wrapper ni murah sikit, RM1.20/ps. Beli di Kedai buku Popular. Alamak, ada botol pula termasuk dalam gambar nih. Tea table kt atas tu (cepat scroll atas balik, hehe!) ada alas putih kan? Kat bawah ni pula dh tiada. Ke mana? Tiada lain, anak2 ku yg rajin ni le yg berkemas. Kadang2 terjumpa atas tilam tidur! Dengan sabar ku 'tolak-tolak' pakai kaki ke bawah. Yg jatuh bukan itu shj, beserta keretapi, teddy bear, tiger n sudu sekali.


Thursday, October 29, 2009

Spring Jenama Apakah Ini?

Tengah syok duk ayun hinjut Auni dalam buai, tetiba jek ade sound pelik diiringi dengan ayunan buai yg automatik drastik terhenti. Ku dongak ke atas, alamak.. Rupanya spring dh putus. Eh, spring kita cakap putus ke or patah ke? Ku mmg terkejut. Ku pernah dengar cerita buaian putus, namun ku sangkakan ia berlaku pd talinya shj. Rupanya spring pun bleh putus juga kah? Jenama apakah spring ini? Oh ya, usianya. Hmm, 2 tahun kot. Sampai masa agaknya. Apa-apa je la ye. Yg penting anakku selamat dan yg pastinya aku terus dapat sebab utk keluar makan shopping hari ini. Apa lagi, ku msg mr.suami dengan segera. Emergency nih. Heheh.


Sempat juga ye ku yg bz kalah menteri ni mengambil gambar. Lihatlah Auni, akhirnya tidur tanpa buai. Tahukah kalian, bayi kita perlu dibezakan tempat tidur mereka pd waktu siang dan juga malam. Tujuannya, agar mereka tahu, oh..tilam empuk ini utk tidur malam. Jadi ku nak mudah tidurkan Auni pd siang hari dengan buaian manakala di malam pula di sebelah ketiak wangi ku supaya ku mudah menyusu dia. Alhamdulillah, sejak umurnya 2 bln, dia mmg tidur panjang di waktu malam. Start 9.30pm - 7.30pm biasanya lah. Yg kes luarbiasanya pun ada juga sesekali. Gambar di bawah, Auni terlena tanpa buai. ok jek.



Ptg itu, dengan Dikla@Mak Uda.. ku bergegas ke kedai mencari spring baru. Ha? Habis? Ramai ke yg spring putus? Haha.. ku ke kedai lain pula, L-Mart. Nah, ade 3 pilihan. Nak 1 atau 2 atau 5 spring. Ku beli yg itu lah.. harganya? RM10.99. Puashati.


Wednesday, October 21, 2009

Indah Sungguh Pantai Ini

Petang itu, Auni baru berusia 3 bulan, ku amat rindu teruja utk ke pantai di kawasan kuarters kami di kerteh ini. Harap2 kali ini pantai lebih landai kerana lama tak hujan. Wah, wah, wah... mmg betul. Pantai landai sekali, siap berteluk cetek gitu. Kebetulan Dikla & Mi (mak + pak uda) nak join sekali. Terasa mewah sekali.. sbb apa ku kata mewah? kerana ku rasa spt ku berada di pulau yg mana ku perlu bayar ratus-ratus ringgit utk dpt mandi di pantai seperti ini. haha, jgn jeles tau. Mai la dtg sini.. free aje. Seronok gedik nyer!! Astaghfirullah..








Auni tidur sambil ditiup angin yang menderu.. eh, betul ke ayat ni? Kami sengaja golekkan batang kayu mati tu supaya bleh jadikan tempat buh barangan bersandar dan duduk-duduk.


Pantai berteluk gitu.. Gambar dr camera handfhone jek.


Arrow tunjukkan tempat Auni dan batang kayu mati tadi. Camerawoman berada dekat dgn couple di atas.


Adam bersungguh-sungguh menggali with Mak+Pak Uda. Perasaan ibu: Puas hati nengok dia seronok menggunakan toys yg ku beria-ia beli di L-Mart. Murah je RM10. Eh, murah ke?


Alamak, mana gambar ku dan abg? Confirm tak ada. SEBAB ku asyik masyuk duk mandi manda. Ku yg tak pernah tau berenang memang suka mandi di laut cetek begini. Tak sempat ambil gambar lg bila dah seronok berenang gaya merangkak. Bila nak datang mandi lagi, abg?

Note For You (Sample)

 

NeyHan © 2011 By NC