About Me

My photo
Born in 1981. A full-time housewife with 2 great children (Adam-6yrs & Auni-4yrs). Graduated in Applied Chemistry. Hobby: being creative while shopping & designing.

Wednesday, March 16, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

Mukaddimahnya: Ku nak listkan sesuatu mengenai wayang & diriku.

Senarai movie yg ku tgk sejak dh kawin (2006):

1. Wall-E (2008) - Adam kecik lg (1.5 yrs), mmg kacau dlm panggung. Dia tk layan movie aaa. Mr.suami terpaksa bawa dia keluar. Tinggal ku n angah dlm tu. Lepas tu tk amik tau dh bab latest movies. Layan astro je la.
2. Resident Evil: Afterlife (2010) - Time ni kt Penang, anak2 tinggal kt mertua. Hari raya puasa ke-2.
3. Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 1 (2010) - TGV kt Mesra Mall. Ada cinema gak kt sini at last. Bawa Adam & Auni. Test..test.. Orait. Si Adam (almost 4 yrs) dh besar sikit, umpan dia ngan popcorn. Si Auni pula (almost 2 yrs) bila dh nak start restless ku offer 'susu cap gantung'.. Separuh citer, diorg semua tido.. Settle.
4. The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader (2010) - pun at Mesra Mall TGV.
5. Hikyat Merong Mahawangsa (2011) - latest until this post ditaip.
 
Photo: KRU Studio
11/3/2011: Ku ke Panggung TGV Mesra Mall with Mr.Suami, Anak-Anak, Mama, Ayah dan Tipah (adik bongsu ku) utk tgk citer Hikayat Merong Mahawangsa. IMulanya beberapa bulan lepas lepas, mr.suami tunjukkan trailer HMM kt You Tube. Sblm ni mmg tk tahu apa2 pun psl filem sbb ku ni katak bawah tempurung, dan bila tgk trailer tu mmg nampak menakjubkan mcm citer 'Hollywood' je..? Tahu apa ku ckp? "Biar betul KRU ni, silap2 trailer je gempak..citer hampeh." So, tgh sibuk2 masak kt dapur tghari Jumaat tu.. mr.suami dh booking tiket online utk tayangan petang tu. Sejak TGV bukak kt sini, ini kali ke-3 tgk wayang.

Dlm hati risau juga sbb ajak mama & ayah sekali. Diorg lagi lah mmg tk tgk wayang. Ayah ku pula last dia ke wayang zaman dulu kerusi kayu lg.. tiket masa tu dia ckp harga paling mahal Rm2.50 mcm tu. So, jika cite ni tk best, habis la.. mesti dia tk gi wayang dah, tambah pula dia hanya layan action movie shj. Ckp bab ayah ku ni, aduhh..masuk je panggung mulut dia bunyi2.."Wah, dlm ni karpet, air-cond, sofa, cantik mcm ni, no wonder la tiket mahal. Skrg nak tgk wayang dh selesa tk mcm dulu ya. Bla..bla.." huhuhu.. ayah ayah.. ayah ku tahun ni baru pencen, tkde la tua sgt tp mmg dia tk tgk wayang agaknya dh 20 thn kot. Utk umpan anak2 ku, tok ma dia sempat beli ayam goreng 3 ketul. Ku pula beli popcorn dn minuman. Rasanya tk boleh bawa makanan dr luar kan? Heheh.. lantak le ayam goreng 3 ketul tu.

Eh, panjang betul intro. Citer blm lg. Mcm wayang je. Iklan dulu br citer masuk. Intro HMM sgt menarik, dgn suara pencerita yg menusuk kalbu, yg mana at last baru tahu suara tu sbnrnya milik Sultan Mudzafar Shah (Phra Ong Mahawangsa) pewaris Merong. Visual intro tu cantik gambar dia. Jalan citer mmg tk nampak lg n masih pening sbb ku mmg tk baca apa2 pasal citer ni hanya trailer semata2.. surat khabar pun ku lama dh tk beli. Otakku mmg pegi dgn kosong. Ok..ok.

GOA. Citer agak laju, so tk sempat hayati lama dh pun sampai Goa. Rombongan Prince Rome yg nak nikah ngan Princess China dihempas ombak dan berlabuh mendapatkan bantuan di Goa. Pedagang india tu, kita mmg asyik dgr loghat speaking dia je la. Tapi as always and logic, no gold no talk. Segala bantuan mesti berbayar. Prince kena on time gi kawin ngan Princess sbb China percaya ramalan feng shui. Nak tunggu next rombongan Rome tiba with gold lambat pulak kan. So, Prince kena gak dptkn kapal. n nakhoda utk jumpa Princess on time. Tiba2 ade show gusti.  Then kuar girl india cantik, igtkan dia heroin hahaha, pastu bila kuar hero a.k.a Merong pun ku tak tahu dia hero (taktahu sape pelakon dlm citer ni) tapi bila tgk2 dia lawan.. alah yg menang tu mesti hero kan. Body mmg mantap dan lasak betul org zaman dulu nih. Tapi masa babak Merong pandang, girl india cantik tu buat paling muka plak, tu yg tak tahan kelakar tuh.. ahaa, patutnya risau la sbb pakwe nak kena mati, ni sempat lg tu buat merajuk.. ker ku tak yg tk paham? Bila Merong menang gusti, org Goa tk puashati - dh ngorat anak dara org kan.. So, Prince bela Merong sbb nak guna dia utk sampai ke Semenanjung Emas, tempat jumpa Puteri. Merong mmg tk layan mula-mula.. dia pun mmg takde apa2 life yg nak diperjuangkan.. dia hidup bebas tanpa apa2 tanggungjawab or arahan. Tapi sbb tiada pilihan, sama ada mati di Goa atau bawa+jaga Prince sampai ke Semenanjung Emas dgn kapal 'buruks' dia. Prince juga tkde pilihan selain Merong yg tkperlu bayaran segera.

Semenanjung Emas. Atas kapal tu barulah Merong dan Prince berkenalan. Ahaha.. Sbb Merong 'speaking' dan rupa pun 'speaking', terlupa dia tuh membawa watak MELAYU. Cuma ku tahu, Melayu dulu mmg seorg pelayar. Berlayar di serata tempat. Masa ni mmg rasa cam tgh tgk citer hollywood je. Bila dh berlabuh, sesi perkenalan Prince dan Princess pula, oh lupa Si Inang yg lucu itu. Malangnya warna latar filem ni yg gelap dn pudar telah menjadikan ia kurang berseri lah. Scene air terjun pun tk nampak best yg mana ia sepatutnya nampak sgt indah! Mungkin sbb nk bg gambaran waktu tu malam.. Princess pula nampak cantik dlm gelap ni, bila cerah tk sure la plak (sbb ada yg cakap tk cantik & lakonan kaku - tp bg ku okay lg dari watak awek hero dlm filem Transformer 1&2 tu, ahakss.. ntah ku tk tahu.) But keseluruhan citer pun mmg malap warnanya.. kiranya style filem ni begitu kot. Mcm citer ape tu King Arthur gambar biru jer. Kt sini watak Merong lebih dikembangkan. Dia seorg benar2 buat tugas dia, pegang kata2, boleh dipercayai dan bertanggungjawab. Bukan sekadar kerana habuan emas yg dijanjikan Rome. Dia hanya buat apa yg dia rasa dia PATUT buat. Sbb tu Prince jd friend ngan Merong.

Lanun Menyerang. Bila Puak lanun Geruda menyerang, Geruda nampak dasat sgt sbb adanya Kamawas dan ilmu sihir. Wah, mmg dia layak watak Kamawas! Ku harap jika filem ni ke luar negara, Kamawas akan ditawarkan berlakon di filem luar pula..!! Scene pertarungan bermula. Kehebatan skill berperang Merong diuji. Hehe. Aksi anak panah menghujan dr langit turut dimuatkan. Kira canggih jugaklah scene perang ni.. cuma siapa yg ade tgk Arjuna, mesti tau kan aksi2 lawan dia suke wat cepat2 gambar tu..camne nak ckp tah. Jd mcm hilang seni bertarung skit bila dia wat cepat2 gambar gitu. Ku tk tgk sgt prop2 sampingan tu.. pokok tk goyang ke apa ke selagi ia tk ganggu citer..hehe. Cuma logik akal ku terganggu sikit bila Merong panjat menara then konco2 Geruda kejar ikut panjat dan kemudian cuba runtuhkan menara. Bila dh runtuh, diaorg semua pun mati/pengsan. Mcm pelik sikit scene ni. Merong selamat but then jelepuk pengsan dan kemudian diselamatkan Kesum. Oh ya, dlm masa sama.. Jeneral Laksaman China pun cedera parah juga. Ku sangka dh mati. Pastu Princess kena culik lanun, Prince pula nak gi selamatkan Princess, berjaya tikam Kamawas tp rupanya dia kebal. Pastu Prince kena tikam oleh Kamawas dan jatuh ke laut.

Kampung Langkasuka. Then watak Kesum keluar. Dlm panggung tu ku dgr ade org gelak2.. rasa je nak buat syhhhh. Mmg rambut wig putih Kesum tu nampak cam kelakar. But then, tkde la kelakar sampai nak ketawa lama2. Mungkin jika wig tu color hitam kekelabuan tk nampak teruk sgt kot mcm Gandalf. Nak kate wig tu kusut masai sgt.. rambut Merong lg terokks tp Ok je kan. Maybe color putih melepak tu yg nampak cam tk real + tak nampak Kesum ni gah sikit. Padahal Kesum kan org berilmu dan disegani, classmate ngan Taji, bos lanun. Merong diselamatkan Kesum. Heroin pun keluar as Embok. (Siapa Ummi Nazeera ni?).. After google: Ahah, pelakon wajah ayu dlm Mak Limah Balik Rumah tu eh?..Dlm Nur Kasih tu dia ker? Heheh.. maaf la tk perasan. Sy hanya suka dia as Embok shj.. (sbb muka dia cun plak tanpa make up warna warni gitu - ada iras Shu Qi kegemaranku.. eheh.. jgn perasan tau, cepat scroll bawah ku letak gambar dia & Shu Qi). Balik ke cerita asal, scene Kesum membuat keris!.. byk lekuk keris tuh. Tp kenapalah Kesum yg handal tu ketuk keris panas menyala tu slow sgt.. ketingg..ketingg..ketingg.. nampak berlakon.. biasakan if goldsmith ku tgk citer mesti ketuk ketangg..ketangg.. ketangg.. kuat giler nak bentukkan besi tuh.. hehe.. komen mcm ku ni penah ketuk besi..kui..kui.. tp mujur scene tu kejap je.. disulam ngan close up wajah Merong yg hairan nape dia diselamatkan.

Kt sini menceritakan siapa ibu Merong, lakonan sekejap tp mantap Ummi Aida. Asal usul lanun Geruda. Siapa Taji dan kisah ilmu kebal mereka hanya pada tangkal. Kisah Embuk diperkosa Kamawas dan bibit cinta Merong dgn Embuk. Watak istimewa Embuk boleh dikembangkan lagi kasi menarik..hehe sbb tang last tu, tiba2 je pencerita bgtau Embuk mengandung anak Merong. Hmm, tk perasan bila Embuk jadi permaisuri masa Merong ditabalkan raja Langkasuka. (hiiii, ni mesti time Adam kacau minta ayam goreng ni).. ku nak beli DVD nak tgk balik.. of couse!!

Jadi Raja Langkasuka. Merong skrg hanya fikir utk selamatkan Langkasuka dr menjadi mangsa Geruda shj sbb Prince pun dh mati. Tugas dia dh tiada. Taji dan Kamawas plak peras ugut China setelah dia culik Princess. Tapi rupanya Prince dan  Laksamana masih hidup.. Meraka bersatu utk menyerang Geruda. But Geruda lebih ramai. Langkasuka ada beberapa pahlawan shj, antaranya Jehan Miskin (ala2 cam watak 'Legolas yg hensem tu' plak dlm ni).. ehehe. Cuma maybe tk sempat nak kembangkan watak dia dlm masa singkat. Budget lagi kan.

Serang Geruda. Untuk menjaga Princess dr terlepas, seluruh pulau perlu dikawal. Bila Taji mendapat amanat Geruda akan diserang, Kamawas disuruh pergi menyerang. Tapi sbb iri hati takut Princess 'dapat' kt Taji, dia degil. Si Inang terdengar pergaduhan kecil tersebut dan tahu rahsia tangkal kebal Kamawas. Princess mengoda Kamawas yg mmg dh lama 'bersabar' dgn mudah shj dpt curi tangkal tersebut. Aksi ini pantas 'dihentikan' dgn bunyi Geruda diserang angkatan Merong dgn kapalnya Jentayu. Kalian saksikan sendiri bagaimana endingnya. Dan babak yg agak kureng logik bila Prince tgh sibuk lawan Kamawas, Princess dtg sambil tunjukkn tangkal Kamawas ada kat tangan dia... huhuhuu.. Princess yg bijak tiba2 jd 'tk bijak' plak. Kan lagi menarik jika Merong explain mengenai tangkal tersebut atas kapal masa scene dia suruh prince tu pegi tidur ke.. ehehe..

Apapun, ku gembira kerana keluar wayang dgn bangga. Berbaloi tgk wayang (Rm11 x 4 + popcorn + air). Ku support juga tau filem melayu yg bagus mcm ini. Oh ya, satu lagi hanya Ngangkung.. ku layan kt Astro First and puashati Rm15. Yg lain tunggu tayangan free..hehe. Hantu Kak Limah Balik Rumah?? Camne bleh tgk?.. ermm.. tah sape tah pasang.. ku numpang tgk jerr..

- Citer best Hollywood yg lain pun ku tk wat post/ review dlm blog.

Saje saje je ni. Ku bukan peminat dia.
- Kiri Shu Qi, kanan Ummi Nazeera -

1 comments:

merongmahawangsa said...

Pewaris Takhta Sebenar Merong Mahawangsa

Note For You (Sample)

 

NeyHan © 2011 By NC