About Me

My photo
Born in 1981. A full-time housewife with 2 great children (Adam-6yrs & Auni-4yrs). Graduated in Applied Chemistry. Hobby: being creative while shopping & designing.

Monday, January 30, 2012

Tragedi berlaku tanpa ku di situ..

Friday, 20th January 2012..

Tipah (adik bongsu ku) yg tgh study kt USIM telah cedera di tapak tangan. Ngeri.. Kesian dia. Sewaktu angah call, ku sangka luka yg lebih sikit je drpd biase. Bila tanya angah, teruk ke? "Teruk gok sebab luka dia dalam la jugok (slang Trganu plis)".. Kena apa? "Sink pecoh".. so aku yg cetek ilmu kedoktoran ni sememangnya paham sgt betapa SUBJEKTIF nya maksud 'dalam la jugok tu' = kena tgk sendiri baru tahu. So, spt biase perasaan aku maintain aje.. khabar itu hanya bermain dlm kepala tanpa mengusik jiwa. Sampai tghari, dpt lah MMS tru What Apps gambo lukanya. Ohhhh.. Ia menusuk jiwa. Kejadian berlaku begini: 
[copy paste drpd blog angah tanpa izin :P LINK SINI ] Adikku latifah telah ditimpa kemalangan di asrama beliau! Sinki yang wujud sekian lama di asramanya telah jatuh ketika die tengah amik wuduk untuk solat maghrib. [versi Tipah dlm tepon kepada ku] Nak ambik air sembahyang, tekan tangan atas sinki, tiba2 terus jatuh.. sink pecah, tp tak sakit apa2.. terus bangun.. tiba2 darah meleleh-leleh.. rupanya tangan luka.. lutut sakit tp tk luka.. bla..bla.. "Kawan Tipah pula yg balik hostel, bersih2 kawasan sinki tu cakap.. bleh nampak cebisan2 isi tangan Tipah masa kutip sinki2 pecah tu." Huhuhu..
Apa yg dapat ku buat mlm tu hanya tepon dia.. sembang2.. hingga last2 ku rasa bukan dia yg bercerita tp dia pula yg dengor cerita ku.. MCM BIASE.. ku takde kawan sembang merapu. Sorry lah Pah.. harap2 membantu tak byk pun sikit.. nak pegi melawat jauh pula.. mujur ade angah kt area sana Seremban. Dan mujur juga Tipah ade Viva dan sahabat2 setia kan? Aku? Hmm................ Allah Maha Penyayang kerana kurniakan suami dan anak2 pada ku.

Mlm itu, dgn anak2 Adam n Auni walaupun masih kecik, ku kongsi cerita Mak Usu ni dgn diorg, who else that I can share my stories everyday?.. Siap tunjuk lg gambar.. Adam as 5 years old young man, dia mcm 'seram' tgk gambar tu.. while Auni, almost 3 yrs cakap: "Ibu..darah ke? Ma Su darah ke? Sakit.." Pastu sambung.. "Tok Ayah sakit.." Kalau sebut bab sakit mesti dia sebut Tok Ayah sakit.. sbb ayah kena operate jantung (Bypass) on October 2011.. dia tgk luka2 n jahitan operation tu.. n she still remember. Tp setakat tu je la.. takde nak nangis2 ke apa.. but Adam mmg nangis bila mula2 citer psl ayah nak kena operate as we were there at IJN. Apekah perasaan bila pertama kali dlm sejarah keluarga, semua pelawat dibenarkan masuk utk salam n say last word sebelum dia di'koma'kan?

Berbalik pd citer Tipah. Oleh kerana luka yg dalam, dia mesti dijahit dalam OT (Operation Teater). Walaupun luka dalam, takde tendon involvement. Tisu dan muscle je. Syukur jari masih boleh berfungsi. Mungkin tidak 'kuat' spt dulu lah. Syukur juga kerana ia tangan kiri. As future-dentist, tangan kena gunalah utk cabut gigi patient nanti kan? Tipah right-handed.. :) 

Gambar Tipah adik kecik ku! Semua di snap oleh Angah. OT pun bleh masuk.. Untung nya jd doktor! (Angah doktor at Klinik Kesihatan Kuala Pilah) Kaklong nak tumpang bangga neh. Hidung aku je kambang, hidung doktor tak kembang pon? haha.



Semoga cepat sembuh Tipah!

Note For You (Sample)

 

NeyHan © 2011 By NC