About Me

My photo
Born in 1981. A full-time housewife with 2 great children (Adam-6yrs & Auni-4yrs). Graduated in Applied Chemistry. Hobby: being creative while shopping & designing.

Thursday, January 6, 2011

Lama Tak Bercerita: Ragam Anak2 ku lagi

Sungguh lama tak update blog personal ni. Bukan utk sesaper.. tp untuk diari diri sendiri shj. First of all,
HAPPY NEW YEAR dan HAPPY BIRTHDAY to me!!

Sebenarnya nak cerita hal anak-anak.

Cerita 1
Semalam, 5 Januari 2011.. Pertama kali ku drive kereta utk tahun 2011 ni utk ambil Adam kt taska.. sbb Mr.suami letih dan tido lepas balik office. Ku terpaksa juga bawa Auni sbb dia nak ikut.. Seharian 2 harian 3 harian duk rumah, mesti le dia nak sgt kuar umah.. Dh amik Adam, ku bleh agak yg diorg pasti bersenda gurau mesranya lah kt dlm kereta ni.. oleh kerana, ku tk mahir litar F1 bab bawa kereta ni, mmg gangguan ketika memandu sgt2 tidak boleh terima. Apakah tindakan ku utk mengelakkan gangguan tersebut? Hahaha, tingkap kereta ku buka separuh kt sebelah anak2 duduk. Alhamdulillah, deruan angin seronok itu berjaya mengubah senda gurau tawa nangis mereka bertukar ke suasana tenang. Lagipun perjalanan dr umah ke taska ke mesra mall mmg tk lalu jalan besar (main road).. Dari taska ku drive terus ke mesra mall beli makanan (malas masak), tiba2 tgh jln ku terperasan Adam membaling something keluar tingkap dan mmg bunyi ada benda jatuh.. with side mirror ku nampak plastik kasut adam jatuh tengah jalan. Dgn membebel2 + ugutan, ku pusing balik ambik. Tahukah apa Adam cakap " Takpelah, ade lagi kasut kat rumah." Mmg geram lah. Dah settle semua, sampai rumah baru ku perasan beg bekalan ke taska Adam juga tiada.. baju2 kotor dia pun tiada.. Apalagi.. mengamuk sakan la.. tambah plak nengok Mr.Suami sedap je baring tido. Apa kerja dia baling semua brg2 keluar tingkap?.. Ku mmg tk perasan sbb dia duk belakang + sgt2 focus time bawa kereta ni. Dah puas ku mengamuk, Mr.Suami pun ajak Adam pegi cari baju2 dan beg2 yg dia baling. Ntah kt mana dia baling pun tk tahu. Ku mmg moncong je la.. panas. Hasil pencarian Mr.Suami: Hanya jumpa sepasang aje baju. Yg lain tadak! Gambar: Tiada of course.

Cerita 2
Hari ini, 6 Jan 2011: Ku bz sbb masih dlm process upload brg2 ke blog.. Auni dh 3 4,5,6 hari tk cukup perhatian. Ibu bz.. So today, ada sikit lg keje b4 nk tutup office (time ku tutup office bila Mr.suami + Adam balik umah ler).. So today, Auni mmg byk betul menangis. Tk leh pakai seluar - menangis, rancangan kartun habis kt t.v - menangis, kejap2 - nangis, kejap2 nak pet (netek), buat itu ini semua tk kena ngan kehendak dia.. aduhh.. byk gangguan betul! So, last2 ku amik gula2 jagung ala2 sugus tu potong 2, bg dia.. wah.. setiap 10 minit minta lagi.. jenuh juga ku nak layan sambil ngadap komputer ni. But better drpd dengor dia nangis sakit telinga sampai ke mental. Tapi apa yg nak citer sini ialah tiba2 dia tercekik!!!.. Ku tak panik (sbb ia adalah gula2 yg dipotong).. terus ku tepuk2 belakang + tonggeng sikit + tekan perut agak dia muntah. Dan mmg dia muntah pun kuar gula2 tu beserta sisa2 yg lain.. TP yg kelakornya, lepas je muntah2 + nangis + air mata meleleh tu, tanpa tunggu terus dia capai gula2 dlm muntah tuh.. tk sempat ku angkat dia pun lg (tegakkan drpd tertonggeng tu)... tk terkata ku.. nak marah, dia baru muntah.. Hm, takpe lah.. nak sgt kt gula2 tu eh? Ibu kedekut gula2 eh? Sampai dlm muntah2 tu pun dia ambik balik.. pastu tk serik plak tu dh tercekik. Mmg berbeza Auni ngan Adam ni. -End-

 
 Gambar: Bermain layang2 di Pantai Telaga Batin, Kuala Terengganu.
(tiada kaitan dgn story.. ahaks)

Note For You (Sample)

 

NeyHan © 2011 By NC