About Me

My photo
Born in 1981. A full-time housewife with 2 great children (Adam-6yrs & Auni-4yrs). Graduated in Applied Chemistry. Hobby: being creative while shopping & designing.

Tuesday, December 15, 2009

Online Bisnes?

Wah, sungguh gigih ku bulan ini menyiapkan blog bisnes kecil-kecilan ku. Utk itu, kerja-rumah-tangga ku tergendala juga nampaknya. Ku kerjakan yg wajib sahaja. Haha. Cthnya? Mandikan, breast-feed-kan, basuh berak-kan, bg makan, reka permainan-utk lekakan Si kecil Auni ku. Masak-kan ala kadar lunch/diner kami sekeluarga. Kemas-kan toys, baju2 berselerak-kan, clear-kan sink yg agak penuh. Sapu & lap-kan sisa-sisa daki makanan yang nampak shj! Masa yg selebihnya, ku mengadap komputer.. Kan, kan? Tu pun tk siap2 lagi, kerana ku belajar satu persatu utk blog ini.. Slow sgt progressnya. Kdg2 badmood juga kerana maklumlah, sudah penat ku bagitau Auni, "Ibu tgh sibuk buat blog ni. Jgn lah nangis. Jgn lah kacau. Ok?" Sambil membulatkan mata tanda marah tegas. Namun, apalah yg si kecil 8.5 bulan ini faham. Yg pasti perhatian ibu dh berkurang? Atau dia tk tahu main sorang2? Aduh, bila lah bisnes nk jalan nih? Ku kena usahakan juga. Jangan putus asa! Kan..Kan..Kan?

Hobiku: Sgt suka mengodek-godek photoshop. Nak design banner pun cerewet. Ku aim for: simple, clean but attractive! Haah, camno tu? 3-4 hari duk design pun aku tk kisah.. Minat punya pasal. Cuma time je yg limited sgt. Time mengodek komputer paling best ialah bila anak tidur. Tu je. Malam pun limited juga sbb ku asyik berulang ke tilam, breastfeed Auni yg mmg nk kena 'comfortkan' mulutnya time malam. Pacifier tak ndak pula dia. Bijak.. Bijak. Tp biasanya, nak tidurkan anak, ibunya pula yg tertidur sekali. Jaga2 dh pukul 1pg. Hampeh..

Oh satu lagi minatku: Membalut hadiah kahwin. Syaratnya: Pembalut mesti plain but attractive & riben yg sesuai (rembat yg mana ada) / bunga hiasan. Wah, ku mmg puashati sgt la bila pi kenduri bawa hadiah begini. Tkde lah nampak sama je cam hadiah org lain kan? Silap2 hari tu mood lebih, bleh kalah hantaran pula. Haha, but right now.. time sgt2 mengejar ku. Cukuplah dgn begini shj (lihat photo). Itu pn dh membunga-riangkan hati comel ku ini. Bulan ni 2 hadiah kahwin. Isinya?? Oh, itu rahsia. Cukuplah dgn penampilannya yg istimewa.


 

Ku close-up hadiah ini kerana wrappernya yg mahal (RM 2.50/ps). Mahal lah tu kan? Heheh.



Ini pula hadiah wedding utk anak-jiran-depan rumah, tempat lepak ku & anak2 bila lapar bosan. Wrapper ni murah sikit, RM1.20/ps. Beli di Kedai buku Popular. Alamak, ada botol pula termasuk dalam gambar nih. Tea table kt atas tu (cepat scroll atas balik, hehe!) ada alas putih kan? Kat bawah ni pula dh tiada. Ke mana? Tiada lain, anak2 ku yg rajin ni le yg berkemas. Kadang2 terjumpa atas tilam tidur! Dengan sabar ku 'tolak-tolak' pakai kaki ke bawah. Yg jatuh bukan itu shj, beserta keretapi, teddy bear, tiger n sudu sekali.


Note For You (Sample)

 

NeyHan © 2011 By NC