About Me

My photo
Born in 1981. A full-time housewife with 2 great children (Adam-6yrs & Auni-4yrs). Graduated in Applied Chemistry. Hobby: being creative while shopping & designing.

Monday, November 9, 2009

Pengaruh Ultraman dan Ben10 Pula

Skrg hero ku, Adam Jazmi, 2 tahun, sibuk dgn Ultraman. Ke mana peginya Upin&Ipin? Bosan kah? atau tidak thrill mcm Ultraman dan raksasa ada perang tu. Ku mulakan cerita bagaimana kronologi sebutan 'ultraman' oleh Adam. Mula2 dia sebut 'Ate-komen'. Kemudian 'A-tra-men'. Lately 'Atomen'. Menarik kn?

Patung ultraman 5 sekawan yg ayahnya beli dulu (dia minta sgt!), semua dh hancur cacat, terputus tangan, kepala dan kaki semua.. yg akhirnya ke tong sampai tk sampai 2 minggu. Kemudian, TokAyah beli pula giant Ultraman, juga mcm tu nasib malang si Ultraman. Juga ke tong sampah. Lastnya, ku beli Ultraman lg.. di Jusco, utk mengumpan dia agar bershopping dgn ku cuma kali ini Ultraman yg lebih kukuh, harga pun RM15.90 (after less: atomen paling mahal yg penah dibeli).. Ku beli dgn ikhlas dan dgn warning "Adam, lepas ni, ibu tak nak beli lagi ultraman k. No more ultraman!" Dia diam mcm paham, dan ku angkut dia dgn ultraman tuh sekali ke kaunter pembayaran utk di scan (mcm biasa le). Kalian tahukah apa jd dgn ultraman-kukuh itu? Haha, akhirnya setelah almost 1 bulan, utraman tu tercabut tangan&bahu sekali. Nasib la. Skrg, ultraman tu merajuk hilang entah ke mana. Ayah buang kah??

Seperti biasa, setiap kali nampak patung ultraman, dia tetap minta yg baru. Namun kali ini ku mesti tegas berleter marah. Dan ku mesti pujuk jg dgn membeli baju-T ultraman pula. Dia suka! Yg payahnya tiap hari mahu pakai baju ultraman.. memaksa ku beli lagi 2-3 helai. T-shirt Upin pun dh tk jalan. Skrg, kalau nk pujuk dia mandi, mesti kene umpan baju ultraman. But then, jd masalah pula kerana dia tak mahu mandi kerana tk mahu buka baju ultraman! Hahaha.. Cd cerita ultraman juga mahu dibelinya. Apa pula masalahnya? Dia bukan mahu tgk cerita tp asyik duk cakap " Ibuuuuu.. mana atomen? Takde pon?" Aduss.. cerita ultraman lah cerita yg paling malas ku nk nengok sejak azali lagi. Masa kecik dulu Ku lebih rela tgk cite Gaban, Kesatria Baja Hitam, Thunder Cat lagi. Ultraman? Ohh.. Kalian fikir, hari-hari agaknya siapa yg terpaksa-rela jadi raksasa???

Yang terbaru pula Ben10. Ben10? Kartun apakah itu? Alamak.. So, di Giant hari indah itu, tercapailah hasrat Adam utk memiliki sandal Ben10. Ala.. sandal ala-ala Croc tuh.. dgn gambar Ben10 terpampang di depannya. Harganya? Tak silap RM15.++. Namun ku puashati kerana dia sgt2 gemar kasut tuh. Tiada lagi kaki ayam ke mall. Bagus!

Di sini, ku saja masukkan gambar salah satu Atomen@Ultraman 5 sekawan, yg sempat di'snap' sebelum 'menemui ajal'. Adam rindu tak kat atomen nih? Hehehe, rindu? Ibu dah buang, sayang. Sorry.



Friday, November 6, 2009

Quality of Canon Camera

Semua gambar ini diambil menggunakan camera Canon ayahanda ku. (Ku minat Sony sbb lebih user-friendly: Sesuai utkku yg 'sibuk' ini). Dalam hati, bestnya jika aku berpeluang belajar sendiri or godek2 camera Canon ni, biar kasi gempak foto2 ku. Mana tau berbakat jadi camerawoman yg kreatif lagi inovatif. Hehe.


Ni gambar masa bercuti di Cameron Highlands. Cameron tidak begitu sejuk dah sekarang. Pukul 11pg aku dah berpeluh ketiak. Tgk mainan Adam tuh. Rubik besar dah hilang, tak tahu mana letak, mungkin sudah pecah. Tangan kanan pegang kereta, tangan kiri pegang bunga. Hmm..


Ini pula semasa jamuan raya ofis mr.suami di dewan Mesra Mall. Oh, ada dewan juga di situ ya? Lihat anak teruna sulung ku ini. Ada gaya Yang Berhormat kah? Anakku, ibu lebih suka duka kamu pilih profesion lain. Oh, oh.. bagaimana pula jika dia bertanya, "Perdana Menteri kah, ibu?"


Dapatkah kalian amati cuping telinga anak gadis kami ni? Bukan salah ibu mengandung sesiapa kerana dia mewarisi genetik kami juga. Sebelah telinga ibu, sebelah lg telinga ayah.. kuasa Tuhan yg Maha Adil lg Bijaksana.

Note For You (Sample)

 

NeyHan © 2011 By NC