About Me

My photo
Born in 1981. A full-time housewife with 2 great children (Adam-6yrs & Auni-4yrs). Graduated in Applied Chemistry. Hobby: being creative while shopping & designing.

Saturday, September 19, 2009

Selamat Datang ke Dunia Blog!

Bismillahirrahmanirrahim..

Pada penghujung bulan Ramadhan 2009 ni, ku mulakan coretan dunia kecil ku diruangan blog kecil-kecilan ku. Maklumlah ku memang sgt teliti cerewet. Rupanya bukan mudah juga nk berjinak-jinak dengan script dan segala bagai... nak yg canggih manggih tp kemahiran tiada, masa juga amat terhad kerana ku bz sekali semua org pun bz juga. Apapun tahniah utk diri sendiri! Mesti hargai diri sendiri, sayang diri sendiri.. spt kata org putih: love yourself before you love somebody else. Dan seingat ku yg asyik lupa neh prinsip PBSM zaman sekolah dulu ialah selamatkan diri sendiri dahulu sebelum selamatkan org lain. Eh, kedengaran mcm pentingkan diri sendiri la pulak.. heheh. Tp bg ku, sejak menjadi ibu.. sememangnya anak-anak menjadi keutamaan dlm segala hal.. tanpa sedar semacam dah lupa pada diri sendiri. Ku percaya, ibu kita juga begitu. Semuanya kerana sayang yg bukan direka-reka. Walaupun begitu, ada suatu masa ku berpikir-pikir mengenai anak-anak nih, yg paling penting ialah kesihatan ibu! Menjadi ibu, isteri di rumah sepenuh masa.. tenaga ku amatlah perlu. Sekali ku tidak sihat segar bugar, aduh.. segalanya "toing-toing". Oh ya, ku tidak sempat utk upload gambar utk coretan pertama ini ku bz utk persiapan beraya neh. Limited time! Minta diri dulu.

Note For You (Sample)

 

NeyHan © 2011 By NC